- SOALAN LAZIM (FREQUENTLY ASKED QUESTIONS, FAQ) PELAKSANAAN PEMAPARAN HARGA UBAT DI KEMUDAHAN JAGAAN KESIHATAN SWASTA DAN FARMASI KOMUNITI
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Daftar Lesen (Manual)
- PROTOKOL CARDIOVASCULAR CARE BUNDLE MEDICATION THERAPY ADHERENCE CLINIC (CCB-MTAC)
- PENGUMUMAN PENTING: Permohonan Dan Kelulusan Lesen/ Permit Di Bawah Akta Racun 1952 Melalui Sistem ‘My.Pharma-C 2.0’
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Panduan Umum Permohonan ePermit Import Dan Eksport Yang Dikeluarkan Oleh BPF, KKM
Bahagian Perkhidmatan Farmasi (BPF) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) merupakan salah satu agensi yang mengeluarkan permit import dan eksport di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport) yang dibuat di bawah Akta Kastam 1967. Jenis komoditi dagangan yang terlibat ialah bahan kimia (Perintah Duti Kastam: Bab 28 dan 29), persediaan farmaseutikal (Perintah Duti Kastam: Bab 30) dan mesin pembuat ubat-ubatan (Perintah Duti Kastam: Bab 84).
Pada dasarnya, pengawalan komoditi tersebut dilaksanakan di bawah peruntukan Akta dan Konvensyen Antarabangsa di bawah bidang kuasa BPF iaitu;
1. Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya
2. Akta Jualan Dadah 1952
3. Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984
4. United Nations Convention against Illicit Traffic in Narcotic Drugs and Psychotropic Substances 1988
5. Konvensyen Minamata tentang Merkuri (Hg)
Untuk maklumat bagi senarai item kawalan dan proses permohonan, sila muat turun Garis Panduan Umum Permohonan ePermit Import dan Eksport.
- 35758 bacaan