Penguatkuasaan Farmasi

Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia Berhubung Tuntutan Pencegahan Atau Rawatan Covid-19

 

Sehingga kini masih belum ada vaksin Covid-19 yang dibenarkan untuk dijual secara sah di pasaran Malaysia. Berhati-hatilah jika anda menemui atau ditawarkan bekalan vaksin Covid-19 oleh pihak lain selain Kementerian Kesihatan Malaysia kerana vaksin tersebut mungkin adalah palsu, tiruan ataupun datang daripada sumber yang tidak sah.


Jangan dedahkan diri dan keluarga anda dengan risiko pengambilan vaksin yang tidak diketahui status kesahihan dan keselamatannya.

Iklan Ubat Luput

Perhatian kepada pemilik premis/media, sila pastikan iklan ubat yang berada di premis/media anda adalah masih sah.

 

[VIDEO] Waspada Pembelian Ubat Online : Semak Dulu Sebelum Beli

Hendak beli ubat online?  Dengar dulu nasihat dari abang-abang dan kakak-kakak farmasis.
Berhati-hati apabila membeli ubat secara dalam talian terutamanya di platform e-dagang dan media sosial.
Tanya dahulu kepada abang-abang dan kakak-kakak farmasis. Jadikan kami sebagai ‘Rakan Ubat Anda’
Kepada penjual ubat/produk kesihatan online!

Melayu

Halaman-halaman