Nasihat Kementerian Kesihatan Malaysia Berhubung Tuntutan Pencegahan Atau Rawatan Covid-19

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Khamis, 21 Januari 2021

 

Sehingga kini masih belum ada vaksin Covid-19 yang dibenarkan untuk dijual secara sah di pasaran Malaysia. Berhati-hatilah jika anda menemui atau ditawarkan bekalan vaksin Covid-19 oleh pihak lain selain Kementerian Kesihatan Malaysia kerana vaksin tersebut mungkin adalah palsu, tiruan ataupun datang daripada sumber yang tidak sah.


Jangan dedahkan diri dan keluarga anda dengan risiko pengambilan vaksin yang tidak diketahui status kesahihan dan keselamatannya.


Semakan No. pendaftaran ubat atau No. notifikasi kosmetik boleh dibuat di laman sesawang https://www.npra.gov.my/ atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh didapati secara percuma di Google Play, Apple AppStore atau Huawei AppGallery.


#biarbetuliklanni!
#adaKKLIUbaruOK
 

Minisite : Waspada Pembelian Ubat Online