Pertandingan Mencipta Tema Persidangan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Farmasi Kebangsaan Ke-8 2014

Tarikh aktiviti: 
Khamis, 6 Jun 2013 hingga Rabu, 31 Julai 2013
Lokasi/tempat: 
Bahagian Perkhidmatan Farmasi

Bahagian Perkhidmatan Farmasi , KKM akan menganjurkan Persidangan  Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Farmasi Kebangsaan Ke-8 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Jun 2014. Jawatankuasa Penganjur ingin menjemput warga farmasi KKM untuk menyertai pertandingan mencipta tema bagi persidangan tersebut. 

Tema yang terbaik akan dipilih oleh Jawatankuasa Penganjur dan akan digunakan secara rasmi dalam Persidangan R&D Farmasi Tahun 2014. Selain  daripada penglibatan warga kerja di peringkat Negeri, penyertaan dari Bahagian ini dan juga Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, KKM juga adalah amat dialu-alukan. 

Sila rujuk poster pertandingan untuk maklumat lanjut.

 

Urus setia: 
Cik Siti Fauziah bt. Abu (03-78413250) email: siti_fauziah@moh.gov.my Cik Noor Atiqah bt. Mat Yusoff (03-78413661) email: nooratiqah@moh.gov.my Pn Maziah bt Mohamed (03-78413661) email: juwita_88@yahoo.com

Semak Agenda Yang Terdekat

Tiada sebarang agenda dalam masa terdekat.