Awam

Keutamaan Penyelidikan Farmasi di Malaysia (Edisi Kedua)

Keutamaan Penyelidikan Farmasi di Malaysia (Pharmacy Research Priorities in Malaysia-PRPM) diterbitkan untuk memberi panduan kepada aktiviti penyelidikan farmasi ke arah penjanaan bukti yang relevan dengan keutamaan kesihatan negara. Penetapan bidang-bidang keutamaan bagi penyelidikan farmasi adalah amat penting untuk penyelarasan aktiviti penyelidikan, merapatkan jurang pengetahuan, memaksimumkan penggunaan sumber dan menyokong pembangunan polisi kesihatan yang baru. Dokumen PRPM Edisi Pertama telah diterbitkan pada tahun 2018.

Melayu

Persidangan R&D Farmasi Kebangsaan ke-10 2018 (Pendaftaran Dibuka)

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan Persidangan R&D Farmasi Kebangsaan ke-10 pada 9-11 Julai 2018. Tema persidangan ialah Enhancing Access To Medicines Through Value-Based Approaches. Penyertaan semua penyelidik farmasi adalah dialu-alukan. Pendaftaran bagi persidangan dan bengkel pra-persidangan telah dibuka. Borang pendaftaran dan maklumat yang berkaitan boleh diperolehi melalui laman sesawang www.10RnDPharmacy.org.my

Lokasi/tempat: 
Hotel Royale Chulan, Seremban
Tarikh aktiviti: 
Isnin, 9 Julai 2018 hingga Rabu, 11 Julai 2018

Aktiviti Penyelenggaraan Sistem Program Perkhidmatan Farmasi

Adalah dimaklumkan, bermula tarikh 29 September 2017 jam 5.00 petang sehingga 2 Oktober 2017 jam 12 tengah hari akan berlaku gangguan terdapat semua sistem di bawah Program Perkhidmatan Farmasi. Ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan elektrik untuk peningkatan mutu perkhidmatan Kerajaan sedia ada.

Berikut adalah senarai sistem-sistem yang akan mengalami gangguan capaian sepanjang tempoh tersebut:

Polisi dan Prosedur Operasi Piawai Program Rawatan Methadone

Polisi dan Prosedur Operasi Piawai Program Rawatan Methadone Edisi Kedua 2016 ini telah dihasilkan dengan kerjasama Bahagian Kawalan Penyakit, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), selaras dengan perkembangan Perkhidmatan Rawatan Methadone di Malaysia.

Objektif utama dokumen ini adalah untuk memastikan pelaksanaan Perkhidmatan Rawatan Methadone yang lebih seragam dan menyeluruh, merangkumi fasiliti KKM, AADK, lokap, penjara dan fasiliti swasta. 

Melayu

PELAN PENGURUSAN KRISIS DAN BENCANA BAGI PERKHIDMATAN FARMASI

 

Pelan pengurusan krisis dan bencana merupakan panduan am yang akan diguna pakai oleh anggota farmasi dalam menangani krisis dan bencana di peringkat perkhidmatan farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia. Pelan ini merangkumi aspek bekalan, kesinambungan perkhidmatan farmasi dan koordinasi dengan agensi-agensi berkaitan sebelum, semasa dan selepas krisis atau bencana. Oleh itu, pelan ini perlu digunakan, disesuaikan dan dikemas kini dari masa ke masa mengikut keperluan dan perkembangan terkini di fasiliti masing-masing.

Melayu

Pengurusan dan Pengendalian Ubat Kusta (Multidrug Therapy) Dari WHO Untuk Kegunaan Fasiliti Kesihatan Kerajaan

Penyediaan prosedur operasi standard (SOP) ini bertujuan memberi panduan kepada anggota kesihatan mengenai pengurusan dan pengendalian ubat kusta yang diperolehi daripada World Health Organization (WHO) secara percuma.

Melayu

Respiratory Medication Therapy Adherence Clinic Protocol: Asthma/COPD (Adult & Paediatric) 2nd Edition 2015

Terdapat perubahan dalam praktis dan pelbagai ubat-ubatan serta alat peranti baru yang telah diperkenalkan untuk kegunaan dalam penjagaan pesakit asma dan Chronic Obstructive Pulmonary Disorder (COPD).

Melayu

Garis Panduan untuk Pemantauan Keselamatan Produk Erythropoietin Stimulating Agents (ESAs) & Pelaporan Kesan Advers Pure Red Cell Aplasia (PRCA)

Pure Red Cell Aplasia (PRCA) adalah salah satu kesan advers akibat penggunaan Erythropoietin Stimulating Agents (ESAs).  Definisi Pure Red Cell Aplasia (PRCA) adalah seperti berikut:

Melayu

Halaman-halaman