Industri

Panduan Undang-Undang Untuk Klinik Swasta Berkaitan Perekodan, Pelabelan, Penyimpanan dan Pelupusan Racun dan Bahan Psikotropik

Panduan ini untuk Pengamal Perubatan di klinik swasta. Panduan ini mengandungi maklumat tentang peruntukan undang-undang berkaitan perekodan, pelabelan, penstoran dan pelupusan racun dan bahan-bahan psikotropik.

Melayu

Berapakah jumlah farmasi komuniti di Malaysia?

Sila rujuk graf Bilangan Farmasi Komuniti di Malaysia Mengikut Negeri dalam menu statistik. 

Borang Keizinan Untuk Menjalani Rawatan Dengan Ubat/Indikasi Tidak Berdaftar (Off-Label)

Borang ini perlu diisi oleh pegawai perubatan di fasiliti kesihatan yang ingin menggunakan ubat/indikasi yang tidak berdaftar dengan mana-mana badan regulatori di seluruh dunia dalam rawatan pesakit. Pesakit perlu diberikan penerangan sepenuhnya mengenai rawatan dengan ubat tersebut sebelum keizinan pesakit diperolehi dengan menandatangani borang yang dilampirkan. Borang yang telah diisi hendaklah disimpan di dalam rekod pesakit.

Melayu

Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)

Ahli Farmasi Provisional (PRP) hanya dibenarkan menjalani latihan provisional di premis latihan yang tersenarai dalam Jadual Kedua, Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951. Premis bagi latihan PRP terbahagi kepada premis latihan di bawah KKM dan Liberalisasi seperti berikut:

Lembaga Iklan Ubat

Lembaga Iklan Ubat (LIU) ditubuhkan menurut peruntukan di bawah Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976. Lembaga ini ditubuhkan bertujuan untuk berbincang mengenai permohonan kelulusan iklan-iklan ubat dan perkhidmatan yang diterima dan atas budi bicara, Lembaga boleh:

  • Memberi kelulusan untuk permohonan iklan.
  • Menilai, mengubah polisi dan garispanduan mengikut keperluan
  • Membatalkan / menarik balik kelulusan yang telah diberikan

 

Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi

Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi (A&P) bertanggungjawab memastikan keperolehan dan kepenggunaan ubat-ubatan yang berkualiti melalui amalan farmasi yang berkesan bagi mempertingkatkan Perkhidmatan Farmasi di Malaysia supaya setanding dengan kemajuan perkembangan perkhidmatan farmasi di negara-negara maju.

Sejarah Kami

Sejarah perkhidmatan farmasi di Malaysia bermula pada tahun 1951 dengan berkuatkuasanya Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951, Akta Racun 1952 dan Akta Dadah Berbahaya 1952. Semasa zaman pra-kemerdekaan, fungsi utama perkhidmatan farmasi pada asalnya hanya terbatas kepada tujuan perolehan, penyimpanan dan pengedaran ubat-ubatan dari United Kingdom melalui Crown Agents.

Halaman-halaman