Industri

Perkembangan amalan perolehan dan pengurusan stor institusi KKM

Merancang, menyelaras dan menguruskan perkembangan amalan perolehan dan pengurusan stor di hospital, pejabat kesihatan daerah dan klinik kesihatan kerajaan.

Pengumpulan dan penganalisaan data berkaitan perolehan oleh institusi KKM

Data – data perolehan dikumpul dan dianalisa bagi tujuan perancangan dan penambahbaikan pengurusan logistik farmaseutikal KKM serta diselaraskan mengikut keperluan Bahagian Kewangan KKM atau lain – lain agensi yang berkaitan.

Pembangunan Fasiliti Bilik Bersih

Bahagian Perkhidmatan Farmasi berperanan memberi khidmat nasihat berkaitan pembangunan fasiliti bilik bersih bagi persediaan bancuhan semula ubat sitotoksik (CDR) & bukan persediaan bancuhan semula ubat sitotoksik (Non-CDR) melibatkan mana-mana projek hospital dalam perancangan untuk dibangunkan bersama agensi kerajaan yang lain seperti Bahagian Perancang & Pembangunan KKM, Bahagian Kejuruteraan KKM, Jabatan Kerja Raya dan pihak pengguna.

Pengeluaran Kebenaran Eksport Persediaan Mengandungi Dextromethorphan

dxm liquid

Kebenaran ini diberikan kepada pemegang lesen racun A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak untuk mengeksport persediaan yang mengandungi Dextromethorphan.

Permohonan boleh dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Kebenaran Eksport Persediaan Mengandungi Dextromethorphan.

Permohonan yang telah lengkap boleh dihantar ke Bahagian Penguatkuasa Farmasi, KKM.

Pengeluaran Kebenaran Import/Eksport Dadah Berbahaya/Bahan Psikotropik

Kebenaran ini dikeluarkan kepada pemegang lesen racun jenis A yang layak untuk mengimport atau mengeksport dadah berbahaya atau bahan psikotropik. 

Panduan Permohonan Kebenaran Import/ Eksport Bahan Psikotropik dan Dadah Berbahaya disediakan kepada pemohon yang ingin membuat permohonan Kebenaran Import / Eksport Dadah Berbahaya dan Bahan Psikotropik (Import/ Export Authorization of Dangerous Drugs and Psychotropic Substances) yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Pengeluaran Permit Import/Eksport Bahan Kimia Terkawal & Mesin Pembuat Ubat di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import/Eksport)

Permit ini dikeluarkan kepada pemegang lesen racun jenis A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak atau pemegang lesen racun jenis B yang layak untuk mengimport atau mengeksport bahan kimia prekursor. Permohonan hendaklah dibuat secara atas talian melalui http://epermit.dagangnet.com.

Halaman-halaman