Staf

Penempatan dan Pertukaran Pegawai Farmasi di KKM

Urusan penempatan dan pertukaran bagi Pegawai Farmasi di Kementerian Kesihatan Malaysia

 

1.

Melayu

Heart Failure Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) Protocol, Second Edition

Protokol ini adalah khusus untuk pegawai farmasi yang menjalankan perkhidmatan Heart Failure Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC). Protokol ini dijadikan sebagai panduan untuk memulakan perkhidmatan ini di samping memastikan keseragaman amalan di semua fasiliti KKM.

Melayu

Pencapaian Piagam Pelanggan 2018

Tempoh pencapaian: Januari – Disember 2018

 

Pengumuman Mengenai: Pengimportan Polymyxin termasuk polymyxin B dan polymyxin E (Colistin)

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 Mac 2018, setiap pengimportan Polymyxin termasuk polymyxin B dan polymyxin E (Colistin) memerlukan kelulusan Permit Import (e-Permit) di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).

Senarai Inisiatif Kualiti Farmasi yang Pernah Menerima Pengiktirafan di Peringkat Program / Kementerian / Kebangsaan / Antarabangsa

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia sentiasa memantau dan mengiktiraf anggota farmasi di seluruh negara yang aktif dalam menjalankan aktiviti inisiatif kualiti seperti Inovasi, Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK), Quality Assurance (QA) dan sebagainya. 

Kaedah Best Practice Sharing digunakan bagi berkongsi idea dan menggalakkan fasiliti untuk mengadaptasi inisiatif yang bersesuaian di tempat masing-masing. Di samping itu, ia dapat mengelakkan pengulangan idea sedia ada, sekaligus dapat menggalakkan percambahan idea-idea baru yang lebih kreatif dan inovatif bagi menghasilkan lebih banyak inisiatif bagi memanfaatkan rakyat dan meningkatkan produktiviti perkhidmatan.

Panduan Umum Permohonan Anggaran Keperluan Tahunan (Kuota) bagi Dadah Berbahaya, Bahan Psikotropik dan Prekursor

Panduan umum ini adalah terpakai bagi syarikat yang memohon Anggaran Keperluan Tahunan (Kuota) bagi Dadah Berbahaya, Bahan Psikotropik dan Prekursor (tahunan dan juga tambahan) yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Panduan ini menerangkan proses permohonan, syarat-syarat pemohon dan permohonan, serta borang-borang yang perlu dilengkapkan. 

 

Melayu

Panduan Penggunaan Ubat-ubatan yang Mengandungi Unsur Tidak Halal

Garis panduan ini disediakan untuk memberikan panduan kepada anggota kesihatan yang terlibat dalam rawatan pesakit bagi menggunakan ubat-ubatan mengandungi sumber-sumber tidak halal atau bertentangan dengan syariat Islam.

Melayu

Penempatan Selepas Tamat Latihan Siswazah Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) di KKM

Pemberitahuan ini bertujuan untuk menjelaskan panduan pelaksanaan urusan penempatan selepas tamat latihan siswazah bagi Pegawai Farmasi Gred UF41 (Lantikan Kontrak) di Kementerian Kesihatan Malaysia. 
 
Perkara yang berkaitan adalah seperti berikut:

Pelancaran Logo Farmasi Komuniti

Montaj pelancaran logo Farmasi Komuniti yang disempurnakan oleh YB Datuk Seri Dr. S. Subramaniam, Menteri Kesihatan Malaysia bersempena sambutan World Pharmacist Day yang diadakan di AEON Bukit Raja pada 7 Oktober 2017.

Melayu

Halaman-halaman