Pengumuman Mengenai: Pengimportan Polymyxin termasuk polymyxin B dan polymyxin E (Colistin)

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Rabu, 28 Februari 2018

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 Mac 2018, setiap pengimportan Polymyxin termasuk polymyxin B dan polymyxin E (Colistin) memerlukan kelulusan Permit Import (e-Permit) di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).

Permohonan dan kelulusan Permit Import adalah secara atas talian (online) sepenuhnya dan berkonsepkan tanpa kertas (paperless) melalui laman sesawang iaitu http://epermit.dagangnet.com. Bagi memohon Permit Import (e-Permit), syarikat perlu berdaftar dan mendapatkan akses dengan menghubungi:

Dagang Net Technologies Sdn Bhd.
Tower 3, Avenue 5, The Horizon, 
Bangsar South, No 8, Jalan Kerinchi, 
59200, Kuala Lumpur. 
Tel: 1 300 133 133 
Emel: careline@dagangnet.com

Telefon: 03-2730 0200
Faks     : 03-2713 2121

Senarai Pengimportan Polymyxin Termasuk Polymyxin B Dan Polymyxin E (Colistin) Yang Memerlukan Permit Import (E-Permit) Bagi Setiap Pengimportan

  • Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) (Pindaan) 2018 P.U. (A) 57

BIL.

ITEM

KOD HS

1

Preparations of a kind used in animal feeding containing polymyxin including polymyxin B and polymyxin E (Colistin)

23.09

2

Organic Compounds of polymyxin including polymyxin B and polymyxin E (Colistin)

2941.90.00 00

3

Medicaments containing polymyxin including polymyxin B and polymyxin E (Colistin)

3003.20.00

3004.20.91

3004.20.99

 

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Cawangan Pelesenan
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-7841 3200
Faks: 03-7968 2251/2222

Emel: pelesenanbpf@moh.gov.my