Staf

Adakah kelulusan LIU masih diperlukan sekiranya produk farmaseutikal tersebut telah berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia?

Ya, kelulusan LIU masih diperlukan kerana pendaftaran produk dan pengiklanannya adalah dua perkara berbeza. Pendaftaran sesuatu produk bertujuan untuk memastikan kualiti, keselamatan dan efikasi produk tersebut dan adalah di bawah kuasa Pihak Berkuasa Kawalan Dadah manakala LIU mengawal dari segi aspek pengiklanan produk. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dalam kalangan masyarakat di samping memastikan iklan itu mematuhi keperluan Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956 dan peraturan-peraturannya.

Pengeluaran “Letter of Good Standing”

Letter of Good Standing” merupakan salah satu dokumen yang diperlukan oleh Ahli Farmasi untuk berdaftar di luar negara. Dokumen ini mengandungi maklumat Ahli Farmasi seperti butir peribadi, latihan provisional/ pupillage, pendaftaran penuh serta kenyataan berhubung status Ahli Farmasi samada “in good standing” atau sebaliknya.

Permohonan untuk “Letter of Good Standing” perlu dibuat kepada:

Bagaimana untuk membuat aduan sekiranya saya terjumpa produk tidak berdaftar?

Aduan boleh dibuat melalui telefon, e-mel atau secara dalam talian di SINI. Selain itu, aduan juga boleh dibuat dengan cara menghubungi pejabat Cawangan Penguatkuasaan Farmasi Negeri yang berdekatan.

Bagaimana cara permohonan pertukaran penempatan Pegawai Farmasi di KKM?

Permohonan mestilah menggunakan borang Permohonan Pertukaran KKM (LAMPIRAN D) dan dihantar melalui Ketua Jabatan dan Timbalan Pengarah Kesihatan Negeri (Farmasi) kepada Bahagian Sumber Manusia, KKM.

Dimanakah permohonan lesen racun boleh dibuat?

Permohonan Lesen Racun Jenis A/ B/ E dan Permit Sodium Hidroksia (NaOH)

Mulai 1 Januari 2017, semua permohonan lesen racun jenis A/ B/ E dan Permit Sodium Hidroksida (NaOH) mestilah dipohon melalui sistem My.Pharma-C. Ini termasuklah permohonan baru, permohonan pembaharuan, permohonan pindaan dan permohonan pembatalan lesen/permit. Permohonan yang dihantar secara manual tidak akan diproses. Pembayaran lesen/permit juga adalah melalui perbankan internet yang dibuat secara terus melalui sistem My.Pharma-C. Pembayaran secara manual seperti wang pos, bank draf dan cek tidak lagi diterima. Sila layari https://mypharma-c.pharmacy.gov.my/login.php  untuk akses kepada sistem My.Pharma-C.

Klik di SINI untuk memuat turun Manual Pengguna bagi permohonan menerusi atas talian.

Bagaimanakah cara untuk mendapatkan akaun untuk Farmasi Intranet?

Pengguna perlu isi Borang Pendaftaran Pengguna Intranet dan hantar kepada Seksyen Pengurusan Maklumat Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi.

Halaman-halaman