Amalan dan Perkembangan

Bagaimanakah cara pembuangan ubat yang betul?

Pembuangan ubat ke dalam sumber air melalui sinki atau tandas boleh menyebabkan kesan pencemaran alam sekitar. Untuk makluman, loji kumbahan tidak berupaya merawat sisa kimia dalam air kumbahan, dan ini boleh menyebabkan pencemaran sistem pengairan. Selain itu, sisa ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia larut air boleh memasuki sistem pengairan dan seterusnya membahayakan hidupan akuatik.Oleh yang demikian, pesakit dinasihatkan agar tidak membuang ubat-ubatan berlebihan atau ubat-ubatan yang telah luput ke dalam sumber air, sebaliknya pesakit disarankan agar memulangkan semula ubat-ubatan tersebut ke hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan agar pelupusan ubat boleh dilakukan dengan cara yang betul.

Bagaimana ubat dikategorikan?

Ubat-ubatan boleh dikategorikan dalam 2 jenis, iaitu Ubat Terkawal dan ubat am.

Ubat Terkawal merupakan ubat yang boleh diperolehi dengan preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat darah tinggi atau ubat kencing manis), manakala ubat am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat suplemen kesihatan atau vitamin).

Maklumat lanjut berkaitan  klasifikasi ubat iaitu sama ada ubat tersebut digolongkan dalam Ubat Terkawal atau ubat am, boleh dirujuk pada ahli farmasi di hospital, klinik kesihatan atau farmasi komuniti.

Pharmacoeconomic Guideline for Malaysia (2nd Edition)

Garis panduan ini diterbitkan bertujuan untuk menggalakkan penghasilan kajian farmakoekonomi yang tepat pada masanya, berkualiti, konsisten dan relevan kepada sistem penjagaan kesihatan Malaysia.

Melayu

Bolehkan saya mendapatkan bekalan ubat susulan di mana-mana sahaja selain fasiliti kesihatan yang saya lakukan temujanji bersama doktor?

Boleh, Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) membolehkan anda mendapatkan bekalan ubat susulan dari mana-mana fasiliti kesihatan terdekat dengan anda. Namun anda perlu memberitahu pegawai farmasi anda bahawa anda ingin menggunakan perkhidmatan SPUB.

Adakah Perkhidmatan UMP1M ini disediakan disemua fasiliti KKM di seluruh negara?

Buat masa ini, tidak semua fasiliti KKM menyediakan perkhidmatan ini.

Untuk maklumat lanjut berkenaan UMP1M ini, sila hubungi pegawai farmasi di fasiliti kesihatan kerajaan terdekat anda.

Harga Ubat

Perkhidmatan yang diberikan merangkumi diseminasi informasi berkaitan harga ubat-ubatan terutamanya harga runcit yang dicadangkan (Recommended Retail Prices, RRP)untuk digunakan sebagai rujukan harga semasa pembelian oleh orang ramai di fasiliti swasta. Harga runcit yang dicadangkan ini diperolehi daripada pelaporan secara sukarela oleh pembekal dan pemborong secara tahunan. Paparan ini merangkumi senarai ubat terkawal dan produk OTC (over the counter) yang berdaftar di Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK)

Adakah KKM membayar balik pembelian ubat,yang tidak dibekalkan oleh pihak hospital dan harus dibeli oleh pesakit?

Terdapat Peraturan Permohonan Bantuan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Melibatkan Ubat. Peraturan ini digunapakai apabila ubat-ubatan tersebut tidak dapat disediakan atau dibekal oleh hospital kerajaan. Berikut disenaraikan prosedur permohonan pembiayaan perbelanjaan melibatkan ubat bagi penjawat awam yang masih bertugas:

  1. Pesakit mendapat rawatan di hospital / klinik kerajaan
  2. Perbelanjaan bagi pembekalan ubat diperaku (prescribed) oleh Pegawai Perubatan kerajaan dan disahkan tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik kerajaan boleh dipertimbangkan dengan syarat ubat tersebut disenaraikan di dalam senarai ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/hospital universiti. Permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09
  3. Permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan di mana pesakit  itu bertugas
  4. Bayaran perbelanjaan adalah ditanggung oleh jabatan di mana pesakit itu bertugas
  5. Pesakit menerima bekalan ubat-ubatan selepas permohonan diluluskan dan pembayaran dibuat oleh jabatan

Permohonan bagi pembekalan ubat untuk tempoh yang berpanjangan adalah dibenarkan. Namun begitu, kelulusan oleh Ketua Jabatan adalah tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan. Pihak Tuan/Puan disyorkan untuk mengisi Borang Perubatan 1/09 serta mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu.

Berapakah jumlah farmasi komuniti di Malaysia?

Sila rujuk graf Bilangan Farmasi Komuniti di Malaysia Mengikut Negeri dalam menu statistik. 

Halaman-halaman