Amalan dan Perkembangan

Siapa yang layak menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?

  1. Bukan tajaan JPA sahaja tetapi tertakluk kepada syarat-syarat berikut:
    Selepas 1 tahun khidmat wajib dari tarikh melaporkan diri sebagai FRP;
  2. Memilih untuk menceburi industri farmaseutikal tempatan/komuniti farmasi tempatan/ hospital swasta tempatan/ IPT tempatan;
  3. Memilih untuk meletak jawatan dari perkhidmatan kerajaan.

Bagaimana status FRP tajaan JPA bagi mereka yang menukar notis khidmat wajib dari 3 tahun ke 1 tahun?

Mereka yang terlibat masih perlu mematuhi perjanjian biasiswa/pinjaman dengan JPA untuk berkhidmat dalam perkhidmatan awam mengikut tempoh dalam perjanjian berkenaan.

Siapa yang terlibat dalam pemendekan tempoh khidmat wajib pegawai farmasi dari 3 tahun ke 1 tahun

  1. FRP yang didaftarkan mulai tahun 2011 diberikan notis 1 tahun khidmat wajib secara automatik.
  2. FRP yang telah diberikan notis khidmat wajib dan layak untuk menukar notis berkenaan ke notis 1 tahun khidmat wajib.

Adakah KKM membayar balik pembelian ubat yang tidak dibekalkan oleh pihak hospital dan harus dibeli oleh pesakit?

Terdapat Peraturan Permohonan Bantuan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Melibatkan Ubat. Peraturan ini digunapakai apabila ubat-ubatan tersebut tidak dapat disediakan atau dibekal oleh hospital kerajaan. Berikut disenaraikan prosedur permohonan pembiayaan perbelanjaan melibatkan ubat bagi penjawat awam yang masih bertugas :

  1. Pesakit mendapat rawatan di hospital/klinik kerajaan
  2. Perbelanjaan bagi pembekalan ubat diperaku (prescribed) oleh Pegawai Perubatan kerajaan dan disahkan tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik kerajaan boleh dipertimbangkan dengan syarat ubat tersebut disenaraikan dalam senarai ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/hospital universiti
  3. Permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09
  4. Permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan di mana pesakit itu bertugas
  5. Bayaran perbelanjaan adalah ditanggung oleh jabatan di mana pesakit itu bertugas
  6. Pesakit menerima bekalan ubat-ubatan selepas permohonan diluluskan dan pembayaran dibuat oleh jabatan
  7. Permohonan bagi pembekalan ubat untuk tempoh yang berpanjangan adalah dibenarkan
  8. Namun begitu, kelulusan oleh Ketua Jabatan adalah tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan
  9. Pihak Puan disyorkan untuk mengisi Borang Perubatan 1/09 serta mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu

Apakah prosedur notifikasi bagi produk kosmetik?

Semua produk kosmetik yang ingin dipasarkan di Malaysia perlu dinotifikasikan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia. Dapatkan maklumat lanjut berkenaan prosedur notikikasi produk kosmetik melalui pautan ini https://www.npra.gov.my/index.php/en/cosmetic-main-page.html.

Sekiranya maklumat lanjut diperlukan, hubungi  pegawai yang bertugas di Unit Kosmetik di talian 03-78835537 atau emelkan ke kosmetik@npra.gov.my.

Bagaimana cara pembuangan ubat yang sesuai dan dibolehkan?

Pembuangan ubat ke dalam sumber air melalui sinki atau tandas boleh menyebabkan kesan pencemaran alam sekitar. Untuk makluman, loji kumbahan tidak berupaya merawat sisa kimia dalam air kumbahan, dan ini boleh menyebabkan pencemaran sistem pengairan. Selain itu, sisa ubat-ubatan yang mengandungi bahan kimia larut air boleh memasuki sistem pengairan dan seterusnya membahayakan hidupan akuatik.

Oleh yang demikian, pesakit dinasihatkan agar tidak membuang ubat-ubatan berlebihan atau ubat-ubatan yang telah luput ke dalam sumber air, sebaliknya pesakit disarankan agar memulangkan semula ubat-ubatan tersebut ke hospital atau klinik kesihatan kerajaan yang berdekatan agar pelupusan ubat boleh dilakukan dengan cara yang betul.

Apakah maksud ubat terkawal dan ubat am?

Ubat-ubatan boleh dikategorikan dalam 2 jenis, iaitu Ubat Terkawal dan ubat am. Ubat Terkawal merupakan ubat yang hanya boleh diperolehi dengan preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat darah tinggi atau ubat

kencing manis), manakala ubat am merupakan ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi doktor (sebagai contoh, ubat suplemen kesihatan atau vitamin).

Pengkelasan ini boleh dikenalpasti berpandukan abjad yang digunakan pada hujung nombor pendaftaran ubat.  Abjad A digunakan untuk merujuk kepada ubat terkawal manakala abjad T dan X digunakan bagi ubat am.

Bilakah sistem e-prescribing Pharmacy Information System (PhIS) / Clinic Pharmacy System (CPS) akan dimulakan

Sistem PhIS/ CPS dijangka akan dimulakan di 21 fasiliti pilot KKM pada Mac 2013 dan akan digunapakai di semua fasiliti Hospital dan Klinik Kesihatan KKM seluruh negara.

Halaman-halaman