Amalan dan Perkembangan

Guides To The Development Of Pharmacy Facilities In Ministry Of Health, Malaysia

Garis panduan ini memberi tumpuan kepada keperluan dan spesifikasi untuk pembangunan fasiliti di hospital-hospital baru dan klinik kesihatan. Ia juga berfungsi sebagai rujukan bagi menaiktaraf kemudahan sedia ada.

Objektif utama buku ini adalah untuk membantu mereka yang terlibat dalam perancangan, pembangunan dan proses menaiktaraf fasiliti farmasi. Ia juga bertujuan untuk menjadi panduan kepada ahli farmasi dan lain-lain individu yang terlibat dalam pengurusan kemudahan tersebut.

Melayu

Guide To The Development Of Sterile Pharmaceutical Preparation Facilities

Garis panduan ini digunapakai untuk  pembangunan fasiliti bilik bersih Cytotoxic Drug Reconstitution (CDR) dan Non-CDR

Melayu

Permohonan Maklumat / Pertanyaan Berkenaan Ubat-Ubatan Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan ini membolehkan orang awam memajukan permohonan maklumat ubat atau pertanyaan berkaitan ubat-ubatan secara atas talian. Sila rujuk, http://moh.spab.gov.my/eApps/system/index.do untuk mengemukakan pertanyaan serta FAQs maklumat ubat untuk maklumat lanjut.

Pengurusan permohonan Akreditasi Sementara dan Akreditasi Penuh bagi program Ijazah Farmasi dan program Diploma Farmasi dari Institusi Pengajian Tinggi (IPT).

Lembaga Farmasi Malaysia melakukan penilaian dokumentasi serta lawatan akreditasi ke IPT untuk memastikan pematuhan IPT terhadap Garis Panduan Kelulusan dan Pengiktirafan Program Farmasi demi memastikan kualiti pelajar dan institusi yang menjalankan program ijazah/ diploma farmasi terpelihara.

Pengeluaran “Letter of Good Standing”

“Letter of Good Standing” merupakan salah satu dokumen yang diperlukan oleh Ahli Farmasi untuk berdaftar di luar negara. Dokumen ini mengandungi maklumat Ahli Farmasi seperti butir peribadi, latihan provisional/ pupillage, pendaftaran penuh serta kenyataan berhubung status Ahli Farmasi samada “in good standing” atau sebaliknya.

Permohonan untuk “Letter of Good Standing” perlu dibuat kepada:

Setiausaha,
Lembaga Farmasi Malaysia,
Kementerian Kesihatan Malaysia,
Lot 36, Jalan Universiti,
46200 PETALING JAYA
 

Halaman-halaman