Amalan dan Perkembangan

Borang Keizinan Untuk Menjalani Rawatan Dengan Ubat/Indikasi Tidak Berdaftar (Off-Label)

Borang ini perlu diisi oleh pegawai perubatan di fasiliti kesihatan yang ingin menggunakan ubat/indikasi yang tidak berdaftar dengan mana-mana badan regulatori di seluruh dunia dalam rawatan pesakit. Pesakit perlu diberikan penerangan sepenuhnya mengenai rawatan dengan ubat tersebut sebelum keizinan pesakit diperolehi dengan menandatangani borang yang dilampirkan. Borang yang telah diisi hendaklah disimpan di dalam rekod pesakit.

Melayu

Aplikasi Permodelan dalam Penyenaraian Formulari

Melatih dan memberi pendedahan kepada peserta berkenaan kepentingan dan kegunaan teknik modeling di dalam kajian farmakoekonomik seterusnya pengaplikasiannya ke dalam proses penilaian ubat-ubatan untuk penyenaraian ubat  baru dalam formulary KKM

Tarikh aktiviti: 
Selasa, 17 September 2013 hingga Jumaat, 20 September 2013

Kursus Pertengahan Farmakoekonomik

Objektif:

Melatih dan memberi pendedahan kepada para peserta tentang penilaian ubat secara farmakoekonomik bagi penyenaraian ubat ke dalam formulari ubat Kementerian Kesihatan Malaysia (FUKKM).

Maklumat lanjut:

Boleh berhubung dengan urusetia di Seksyen Formulari dan Farmakoekonomik di talian 03-78413614 (Pn. Hariana Haris).

Tarikh aktiviti: 
Rabu, 21 Ogos 2013 hingga Khamis, 22 Ogos 2013

Bengkel Pembangunan Garis Panduan Penyerahan Proforma

 
Menyediakan  Garis Panduan untuk  Penyediaan Proforma oleh pihak syarikat farmaseutikal. Bengkel bertujuan untuk menyediakan satu mekanisma penghantaran proforma yang  lengkap oleh pihak syarikat.

Tarikh aktiviti: 
Selasa, 19 Februari 2013 hingga Jumaat, 22 Februari 2013

Pelancaran Program Duta Kenali Ubat Anda dan Talian Bebas Tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan 1800-88-6722

Bahagian Perkhidmatan Farmasi melancarkan Program Duta Kenali Ubat Anda dan Talian Bebas Tol Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan 1800-88-6722

Lokasi/tempat: 
Kompleks Jabatan Kebudayaan & Kesenian Negara, Kota Bharu Kelantan
Tarikh aktiviti: 
Jumaat, 11 Mei 2012

Peperiksaan Kelayakan untuk Mengamal Farmasi

Pharmacy Jurisprudence Examination 2014

Lembaga Farmasi Malaysia telah menetapkan keperluan untuk lulus Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi (PKUMF) sebagai salah satu syarat untuk pendaftaran sebagai ahli farmasi.

Senarai Universiti Tempatan Dibenarkan Menawarkan Kursus Farmasi

Universiti yang mendapat Pengiktirafan Provisonal oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dibenarkan memulakan program ijazah farmasi dan membuat pengambilan pelajar ke program ijazah farmasi.

Halaman-halaman