Dasar & Perancangan Strategik Farmasi

Pencapaian Piagam Pelanggan 2020

Tempoh pencapaian: Januari - Disember 2020

 

Audit Pensijilan Semula Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9001:2015 Program Perkhidmatan Farmasi IPKKM

Pada 24 hingga 26 Februari 2020, Ibu Pejabat Program Perkhidmatan Farmasi (kecuali Bahagian Regulatori Farmasi Negara) telah menjalankan audit pensijilan semula MS ISO 9001:2015 oleh pihak SIRIM QAS Sdn Bhd.

DITANGGUHKAN: Persidangan R&D Farmasi Kebangsaan ke-11 Tahun 2021

Tarikh baru persidangan akan dimaklumkan kemudian. Sila layari https://research.pharmacy.gov.my/ untuk maklumat lanjut.

Lokasi/tempat: 
Atas talian
Tarikh aktiviti: 
Selasa, 15 Jun 2021

Iklan Kekosongan Jawatan Tetap Pegawai Farmasi Gred UF41 di Kementerian Kesihatan Malaysia Tahun 2019

IKLAN KEKOSONGAN JAWATAN TETAP PEGAWAI FARMASI GRED UF41 DI KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA TAHUN 2019
 
 
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dengan ini mempelawa Pegawai Farmasi Gred UF41 lantikan kontrak di KKM yang memenuhi syarat bagi mengisi kekosongan jawatan tetap. Iklan kekosongan jawatan adalah seperti berikut.:

Peluasan/Perkongsian Inisiatif Kualiti Program Perkhidmatan Farmasi

Manual projek-projek Inovasi / KIK Farmasi yang diluluskan untuk peluasan di peringkat program boleh dimuat turun dari pautan di bawah.  Semua projek telah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sekiranya mana-mana pihak luar ingin mereplikasi projek yang tersenarai, sila hubungi pihak inovator atau Seksyen Piawai dan Inovasi, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi KKM. 

1. PELUASAN INOVASI FARMASI TAHUN 2019:

     EZ WEIGH oleh Jabatan Farmasi, Hospital Serdang - Manual Produk

 

Pelawaan Kemasukan Ke Laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject-Matter Expert-SME) Bagi Skim Pegawai Farmasi Di Kementerian Kesihatan Malaysia Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meluaskan pelaksanaan urusan pemangkuan ke Laluan Kemajuan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert-SME) kepada Skim Pegawai Farmasi yang melibatkan tiga (3) sub bidang SME yang telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA). Pengkhususan bidang dan tahap SME tersebut adalah seperti berikut:

Program Santuni Rakyat: Kenali Ubat Anda

Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan program berikut

Lokasi/tempat: 
Dewan Dato' Penggawa Permatang, Kuala Selangor
Tarikh aktiviti: 
Sabtu, 5 Oktober 2019

SERANTA AWAM: CADANGAN PELAKSANAAN KAWALAN HARGA UBAT DI BAWAH AKTA 723 UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA UBAT-UBATAN DI MALAYSIA

Tujuan konsultasi ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan rakyat mengenai pelaksanaan kawalan harga ubat di Malaysia.

Pada masa ini, harga ubat tidak dikawal di mana hospital, klinik dan farmasi bebas menentukan harga ubat yang dibeli oleh pengguna. Di samping itu, tiada peruntukan undang-undang untuk melindungi pengguna daripada harga ubat yang tidak munasabah.

Salam Aidilfitri 1440

Lokasi/tempat: 
Program Perkhidmatan Farmasi
Tarikh aktiviti: 
Isnin, 3 Jun 2019 hingga Ahad, 16 Jun 2019

Senarai penyertaan peringkat akhir KIKF 2019

Semak penyertaan peringkat akhir Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi di http://bit.ly/finalistKIKF19.

Tahniah dan selamat maju jaya diucapkan kepada yang terpilih!

Halaman-halaman