Dasar & Perancangan Strategik Farmasi

Hari terakhir penghantaran abstrak KIKF 2019

Hari ini merupakan hari terakhir penerimaan abstrak bagi Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi 2019. Penghantaran abstrak akan ditutup pada jam 12.00 tengah malam, 16 April 2019.

Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi 2019

Untuk maklumat lanjut dan penyertaan sila layari https://kikf.pharmacy.gov.my

Lokasi/tempat: 
Johor Bahru
Tarikh aktiviti: 
Isnin, 5 Ogos 2019 hingga Rabu, 7 Ogos 2019

Pencapaian Piagam Pelanggan 2019

Tempoh pencapaian: Januari - Disember 2019

 

Laporan Penyelidikan Farmasi

Laporan Penyelidikan Farmasi (Pharmacy Research Reports) ialah jurnal peer-reviewed yang diterbitkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Ia mengandungi artikel-artikel penyelidikan farmasi yang telah dijalankan di fasiliti-fasiliti KKM oleh pegawai-pegawai farmasi bersama pegawai-pegawai kesihatan yang lain. Penerbitan laporan ini merupakan salah satu usaha untuk mempertingkatkan perkongsian hasil penyelidikan dan pengetahuan.

Melayu

Persidangan Farmasi Onkologi (NOPC2.0)

Jabatan Farmasi, Institut Kanser Negara, akan menganjurkan Persidangan Farmasi Onkologi (NOPC2.0) pada 9-11 April 2019. Tema persidangan ini ialah 'An ounce of action is worth a pound of cure'. Borang pendaftaran dan maklumat yang berkaitan boleh diperoleh melalui pautan: https://goo.gl/forms/8eIQVZEpZky5RC722

Lokasi/tempat: 
Auditorium, Institut Kanser Negara, Wilayah Persekutuan Putrajaya
Tarikh aktiviti: 
Selasa, 9 April 2019 hingga Khamis, 11 April 2019

Halaman-halaman