Penguatkuasaan Farmasi

Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya

Akta Racun 1952 mengawalselia aktiviti pengimportan, pemilikan, pengilangan, compounding, penyimpanan, pengangkutan, penjualan dan penggunaan bahan racun yang disenaraikan dalam akta.

Melayu

Borang Permohonan/Pemulangan Surat Pemberian Kuasa/Kad Penguat Kuasa Farmasi dan Surat Pemberian Kuasa Kebenaran Pengemukaan dan Pemeriksaan Kad Pengenalan

Borang ini digunakan bagi permohonan dan pemulangan Surat Pemberian Kuasa/Kad Penguat Kuasa Farmasi/Surat Pemberian Kuasa Kebenaran Pengemukaan dan Pemeriksaan Kad Pengenalan. Permohonan dan pemulangan yang lengkap hendaklah dihantar kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM

Melayu

Borang Permohonan Kebenaran Import 'Test Kit' Yang Mengandungi Dadah Berbahaya/Bahan Psikotropik

Borang permohonan untuk pemegang Lesen A (Borong atau Borong dan Runcit) mengimport 'test kit' yang mengandungi dadah berbahaya/bahan psikotropik.

Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM.

Melayu

Borang Permohonan Kebenaran Eksport Persediaan Mengandungi Dextromethorphan

Borang permohonan untuk pemegang Lesen A (Borong atau Borong dan Runcit) yang layak untuk mengeksport persediaan yang mengandungi Dextromethorphan yang berbentuk pepejal sahaja (Contoh: Tablet/ Kapsul/ dll).

Borang yang telah lengkap (termasuk lampiran yang diperlukan seperti yang tersenarai di dalam Borang Permohonan) hendaklah dihantar ke:

Bahagian Penguatkuasa Farmasi,

Kementerian Kesihatan Malaysia,

Lot 36, Jalan Universiti,

46350 Petaling Jaya Selangor.

Melayu

Panduan Permohonan Pengelasan Racun Di Bawah Akta Racun 1952

Garispanduan ini menjelaskan tentang  tatacara untuk membuat permohonan untuk pengkelasan bahan kimia baru sebagai racun di bawah Akta Racun 1952.

Melayu

Garispanduan Pengimportan Barang-Barang Kawalan Bahagian Perkhidmatan Farmasi Melalui Pintu Masuk Utama Kastam

Garispanduan ini menerangkan proses pengimportan, kod tarif yang dikawal dan jenis lesen/ kebenaran yang diperlukan.

Garispanduan ini juga menyenaraikan alamat dan nombor telefon pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri yang boleh dihubungi.

Melayu

Panduan Undang-Undang Untuk Klinik Swasta Berkaitan Perekodan, Pelabelan, Penyimpanan dan Pelupusan Racun dan Bahan Psikotropik

Panduan ini untuk Pengamal Perubatan di klinik swasta. Panduan ini mengandungi maklumat tentang peruntukan undang-undang berkaitan perekodan, pelabelan, penstoran dan pelupusan racun dan bahan-bahan psikotropik.

Melayu

Lembaga Iklan Ubat

Lembaga Iklan Ubat (LIU) ditubuhkan menurut peruntukan di bawah Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976. Lembaga ini ditubuhkan bertujuan untuk berbincang mengenai permohonan kelulusan iklan-iklan ubat dan perkhidmatan yang diterima dan atas budi bicara, Lembaga boleh:

  • Memberi kelulusan untuk permohonan iklan.
  • Menilai, mengubah polisi dan garispanduan mengikut keperluan
  • Membatalkan / menarik balik kelulusan yang telah diberikan

 

Lembaga Racun

Pengenalan
 

Lembaga Racun ditubuhkan menurut peruntukan di bawah Akta Racun 1952 dan berperanan menasihati Menteri Kesihatan dalam perkara-perkara berikut:
 
•    Pengelasan bahan kimia baharu sebagai Racun
•    Pemindaan pengelasan Racun dalam Senarai Racun
•    Pembatalan Racun daripada Senarai Racun
•    Pemindaan senarai bahan psikotropik dalam Jadual Ketiga

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi

Bahagian Penguatkuasaan Farmasi berperanan untuk memastikan semua produk farmaseutikal, tradisional dan kosmetik dalam pasaran adalah sah dari segi pendaftaran dan notifikasi. Ia juga berfungsi untuk memastikan bahawa pengendalian rangkaian bekalan dan pemasaran, iklan-iklan produk tersebut (termasuk juga perkhidmatan perubatan) dan penggunaanya dikendalikan dengan mematuhi peruntukan undang-undang yang terlibat.

Halaman-halaman