- Daftar Lesen (Manual)
- GARIS PANDUAN PEMBEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT YANG DIDISCAJ MELALUI SURAT RUJUKAN BAGI MENERUSKAN RAWATAN DI FASILITI KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI 2024
- Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
- PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA EDITORIAL E-JURNAL INISIATIF KUALITI PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI SESI 2025 - 2027
- Panduan Permohonan Penyenaraian Awal Profesion Penolong Pegawai Farmasi/Juruteknologi Farmasi di Sektor Kerajaan dan Swasta dengan Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Ulasan Kepada Laporan Dalam Sinar Harian Bertarikh 9 Mac 2014 Bertajuk: Kulit Melecur Dipercayai Salah Ubat
Akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Mac 2014 melaporkan bahawa seorang anggota askar wataniah yang berumur 26 tahun telah dibawa oleh rakan setugasnya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban pada 1 Mac 2014 disebabkan badannya ditumbuhi bintik merah dan disyaki menghidap demam campak. Pesakit (anggota askar wataniah) ini diberikan ubat demam, vitamin dan ubat garam oleh doktor dari HTJ. lbu pesakit mendakwa anaknya mendapat kesan advers melecur dan mengelupas sehingga menampakkan daging pada seluruh muka dan badan selepas dirawat dengan ubat yang salah untuk penyakit demam campaknya. Beliau telah membawa pesakit ke Hospital Tuanku Ja'afar semula dan membuat laporan polis apabila melihat keadaannya yang semakin lemah pada 3 Mac 2014.
Semakan dengan pihak HTJ mendapati pesakit pernah dimasukkan ke Hospital Tuanku Ja'afar pada 18 Feb 2014 dan diagnosiskan mengalami sawan. Doktor di HTJ telah mempreskripsikan ubat Carbamazepine untuk rawatan sawan pesakit. Pada 3 Mac 2014, apabila pesakit dibawa masuk ke HTJ semula disebabkan keadaan kulit melecurnya yang semakin teruk, doktor di HTJ telah mendiagnoskan pesakit mengalami Toxic Epidermal Necrolysis (TEN) yang disebabkan oleh ubat Carbamazepine.
Toxic Epidermal Necrolysis (TEN) ialah sejenis kesan advers pada kulit yang telah didokumentasikan dengan penggunaan ubat Carbamazepine. Mengikut pangkalan data Pusat Pemantauan Kesan Advers Ubat, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) Kementerian Kesihatan Malaysia, dari tahun 2000 hingga 2013, terdapat 34 laporan kesan advers diterima berkaitan kejadian Toxic Epidermal Necrolysis (TEN) dengan penggunaan ubat Carbamazepine. Maklumat mengenai kesan advers ini telah dimasukkan di dalam sisip bungkusan produk-produk yang mengandungi Carbamazepine.
Kesan advers ubat boleh bermula daripada simptom yang ringan seperti ruam dan kegatalan. Jika kesan advers ini tidak dapat dikesan pada peringkat awal dan penggunaan ubat tersebut diteruskan, ia boleh berlarutan menjadi kesan advers yang teruk seperti TEN dan Steven Johnson Syndrome (SJS). Orang awam dinasihatkan untuk mendapat rawatan doktor dengan kadar segera apabila mengalami sebarang kesan sampingan ubat seperti ruam dan kegatalan. Laporan kesan advers juga boleh dibuat kepada Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Borang laporan kesan advers boleh diperolehi melalui laman sesawang http://www.bpfk.gov.my.
Dato' Eisah BintiA. Rahman
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
13 Mac 2014
- 6415 bacaan