- Daftar Lesen (Manual)
- GARIS PANDUAN PEMBEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT YANG DIDISCAJ MELALUI SURAT RUJUKAN BAGI MENERUSKAN RAWATAN DI FASILITI KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI 2024
- Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
- PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA EDITORIAL E-JURNAL INISIATIF KUALITI PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI SESI 2025 - 2027
- Panduan Permohonan Penyenaraian Awal Profesion Penolong Pegawai Farmasi/Juruteknologi Farmasi di Sektor Kerajaan dan Swasta dengan Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Ulasan Laporan "Johnson & Johnson's Licence For Cosmetics Cancelled - 15 Batches Of Baby Powder Produced In 2007 Were Found To Be Sterilised By Ethylene Oxide, A Known Carcinogenic"
Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) telah memetik laporan akhbar Mumbai Mirror bertarikh 28 April 2013 berkenaan produk bedak bayi keluaran syarikat Johnson & Johnson, India yang disteril menggunakan ethylene oxide iaitu sejenis bahan yang boleh menyebabkan pertumbuhan barah (karsinogen). Laporan dikeluarkan susulan kepada tindakan Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat Negara India yang telah membatalkan lesen syarikat Johnson & Johnson, India untuk mengilang produk kosmetik di tapak pengilangan Mulund di India. Ethylene oxide telah digunakan di dalam proses pensterilan produk bedak bayi jenama Johnson & Johnson dan sisa kandungan ethylene oxide di dalam produk tersebut tidak diukur selepas proses pensterilan selesai. Pihak Berkuasa Makanan dan Ubat Negara Amerika Syarikat (US FDA) menyatakan bahawa proses pensterilan menggunakan ethylene oxide adalah dibenarkan dan pihak syarikat perlu mengukur dan menilai sisa kandungan ethylene oxide yang mungkin hadir di dalam produk yang terlibat selepas proses pensterilan selesai dan sebelum produk dikeluarkan ke pasaran.
Di dalam laporan tersebut, pihak syarikat Johnson & Johnson, India menyatakan bahawa produk yang terlibat telah dikilangkan pada tahun 2007 dan jangka hayat produk adalah selama tiga tahun sahaja dan tamat pada Julai 2010. Pihak syarikat juga memaklumkan bahawa tiada aduan atau kesan yang tidak diingini dilaporkan terhadap kelompok produk yang terlibat.
Ethylene oxide merupakan bahan terlarang dan tidak boleh hadir di dalam produk kosmetik yang dipasarkan di Malaysia. Syarikat Johnson & Johnson di Malaysia telah mengesahkan bahawa produk bedak bayi jenama Johnson & Johnson yang dinyatakan dalam laporan tersebut tidak dipasarkan di Malaysia. Produk-produk bedak bayi jenama Johnson & Johnson di Malaysia adalah diimport dari negara Thailand dan Filipina serta proses pensterilan yang digunakan adalah melalui kaedah 'steam decontamination' yang tidak melibatkan penggunaan ethylene oxide.
Orang ramai dan pengguna dinasihatkan untuk menyemak dan memastikan bahawa produk kosmetik yang digunakan adalah bernotifikasi di Malaysia. Semakan status notifikasi produk kosmetik boleh disemak melalui Iaman sesawang rasmi BPFK iaitu www.bpfk.gov.my. Pengguna juga boleh menghubungi pihak BPFK di talian 03-78835532/8495/8496 atau e-mel kepada kosmetik@bpfk.gov.my sekiranya terdapat sebarang keraguan terhadap produk kosmetik.
30 Mei 2013
- 14189 bacaan