- Garis Panduan Latihan Sangkutan Pegawai Farmasi, Lantikan Preseptor dan Pusat Latihan dalam Bidang Pengkhususan Farmasi Klinikal atau Farmasi Klinikal dan Teknikal (Edisi 2025)
- PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN (TAHUN 2027) LESEN/PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
- Carta Organisasi
- Nicotine Dependence Management Pharmacy Service Protocol (NDMaPS) Edisi Ketiga 2026
- Borang Permohonan Lesen Borong Dadah Berbahaya
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Nafi henti bekalan ubat percuma
Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan menafikan dakwaan pembangkang kononnya pengedaran ubat-ubatan secara percuma terutama kepada golongan berpendapatan rendah dihentikan.
Timbalan Menteri Kesihatan Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata, kementerian melalui Dasar Ubat Nasional (DUNAS) menetapkan ubat-ubatan berkualiti, selamat, berkesan dan mampu dimiliki orang ramai diperoleh secara sama rata ke arah meningkatkan tahap kesihatan rakyat.
“Pada tahun lalu, perbelanjaan membiayai ubat-ubatan pesakit mencecah RM1.8 bilion, namun rakyat tetap dibekalkan ubat percuma di semua fasiliti kementerian,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Portal berita pembangkang pada 2 Januari lalu memetik Pengerusi Biro Kepenggunaan Keadilan, Yahya Sahri mendakwa kononnya orang ramai tidak lagi berpeluang mendapat ubat percuma dari hospital atau klinik kerajaan sebaliknya perlu menanggung kos menerusi swasta, berikutan dasar baru yang bakal dilaksana Kementerian Kesihatan tidak lama lagi.
- 5629 bacaan




