- Garis Panduan Latihan Sangkutan Pegawai Farmasi, Lantikan Preseptor dan Pusat Latihan dalam Bidang Pengkhususan Farmasi Klinikal atau Farmasi Klinikal dan Teknikal (Edisi 2025)
- PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN (TAHUN 2027) LESEN/PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’
- Carta Organisasi
- Nicotine Dependence Management Pharmacy Service Protocol (NDMaPS) Edisi Ketiga 2026
- Borang Permohonan Lesen Borong Dadah Berbahaya
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Adakah KKM membayar balik pembelian ubat,yang tidak dibekalkan oleh pihak hospital dan harus dibeli oleh pesakit?
Terdapat Peraturan Permohonan Bantuan Perbelanjaan Kemudahan Perubatan Melibatkan Ubat. Peraturan ini digunapakai apabila ubat-ubatan tersebut tidak dapat disediakan atau dibekal oleh hospital kerajaan. Berikut disenaraikan prosedur permohonan pembiayaan perbelanjaan melibatkan ubat bagi penjawat awam yang masih bertugas:
- Pesakit mendapat rawatan di hospital / klinik kerajaan
- Perbelanjaan bagi pembekalan ubat diperaku (prescribed) oleh Pegawai Perubatan kerajaan dan disahkan tidak dapat dibekalkan/disediakan oleh hospital/klinik kerajaan boleh dipertimbangkan dengan syarat ubat tersebut disenaraikan di dalam senarai ubat-ubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM)/hospital universiti. Permohonan dikemukakan menggunakan Borang Perubatan 1/09
- Permohonan diluluskan oleh Ketua Jabatan di mana pesakit itu bertugas
- Bayaran perbelanjaan adalah ditanggung oleh jabatan di mana pesakit itu bertugas
- Pesakit menerima bekalan ubat-ubatan selepas permohonan diluluskan dan pembayaran dibuat oleh jabatan
Permohonan bagi pembekalan ubat untuk tempoh yang berpanjangan adalah dibenarkan. Namun begitu, kelulusan oleh Ketua Jabatan adalah tertakluk kepada had perbelanjaan bagi pembekalan ubat untuk tempoh tiga bulan sahaja bagi setiap permohonan. Pihak Tuan/Puan disyorkan untuk mengisi Borang Perubatan 1/09 serta mendapatkan kelulusan Ketua Jabatan terlebih dahulu.
- 28854 bacaan




