PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN PEMBAHARUAN (TAHUN 2026) LESEN/PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 MELALUI SISTEM ‘MY.PHARMA-C 2.0’

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Selasa, 26 Ogos 2025
  1. Permohonan Pembaharuan (Tahun 2026) Lesen/Permit di bawah Akta Racun 1952 melalui sistem My.Pharma-C 2.0 akan dibuka bermula 15 September 2025 sehingga 31 Disember 2025.
  2. Sistem My.Pharma-C 2.0 boleh diakses melalui Portal Program Perkhidmatan Farmasi di https://pharmacy.moh.gov.my/ms.
  3. Kepada pemegang lesen/permit tahun 2025 yang lesen/permit telah dimohon, diproses dan diluluskan secara manual, permohonan pembaharuan lesen/permit tahun 2026 perlu dihantar sebagai permohonan baru melalui sistem My.Pharma-C 2.0. Pemohon perlu menghantar permohonan melalui sistem termasuk bayaran fi dan perlu memuat naik semua dokumen sokongan yang berkaitan ke dalam sistem untuk kali pertama. Pemohon boleh merujuk Panduan Pengguna Pendaftaran Pengguna dan Log Masuk, Panduan Permohonan Lesen Baru dan Panduan Kemas Kini Profil Pengguna dan Tambah Premis yang telah disediakan di laman portal sistem My.Pharma-C 2.0.
  4. Kepada pemegang lesen/permit tahun 2025 yang lesen/permit telah dimohon, diproses dan diluluskan melalui sistem My.Pharma-C 2.0 dan masih berkuat kuasa, pelesen perlu klik pada [Menu Permohonan Lesen/Permit > Senarai Lesen/Permit > Senarai Permohonan > Butang Pembaharuan/Renewal pada lesen/permit tahun 2025 yang telah diluluskan dalam akaun masing-masing di dalam sistem untuk membuat permohonan pembaharuan termasuk bayaran fi.
  5. Sebarang pertanyaan berkaitan sistem My.Pharma-C 2.0 boleh die-mel kepada meja bantuan sistem ini di support.mypharmac@moh.gov.my

       Kerjasama semua pihak berkaitan perkara ini amatlah dihargai.

       Sekian, terima kasih.