Arahan Ketua Pengarah Kesihatan

Pindaan Akta Racun 1952 pada tahun 2022 yang berkuatkuasa pada 1 Januari 2023 telah mewujudkan seksyen baharu iaitu seksyen 26A yang memperuntukkan bahawa Ketua Pengarah Kesihatan (KPK) boleh mengeluarkan arahan berkaitan aktiviti pelesenan.

Sehubungan itu, tiga (3) Arahan KPK telah dikeluarkan iaitu:

I)    Arahan KPK Bil. 1/2023 - Arahan Berkenaan Keperluan Ahli Farmasi Berlesen Yang Menjual Racun Secara Borong Bekerja Sepenuh Masa

II)   Arahan KPK Bil. 2/2023 - Arahan Berkenaan Penjualan Atau Pembekalan Racun Oleh Ahli Farmasi Berlesen Dan Ahli Farmasi Berdaftar Di Hospital Swasta

III)  Arahan KPK Bil. 3/2023 - Arahan Berkenaan Larangan Penjualan Secara Borong Racun Untuk Tujuan Penggalak Tumbesaran Atau Pencegahan Penyakit Haiwan Oleh Ahli Farmasi Berlesen Di Bawah Akta Racun 1952

Kategori dokumen: 
Pekeliling
Fail-fail muat turun: