Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Laporan Analisis Retrospektif Panduan Harga Ubat Malaysia: Kajian Data dari 2012 hingga 2022

Laporan Analisis Retrospektif Panduan Harga Ubat Malaysia: Kajian Data dari 2012 hingga 2022 merujuk kepada analisis yang dijalankan terhadap data harga ubat yang dikongsikan secara sukarela oleh Pemegang Pendaftaran Produk (PPP) untuk kegunaan Harga Panduan Pengguna bagi tempoh 2012-2022. Laporan ini memberi tumpuan kepada kadar respons PPP terhadap perkongsian harga ubat secara sukarela, trend harga ubat, kadar tokokan runcit,dan korelasi antara harga yang dikongsi oleh PPP dan harga pasaran. Selain itu, terdapat juga analisis melibatkan perbandingan harga yang dikongsi oleh PPP dengan trend yang diramalkan berdasarkan indeks harga pengguna nasional. Hasil kajian ini secara amnya menunjukkan keberkesanan pelaksanaan perkongsian harga secara sukarela dan kesahihan maklumat harga yang dikongsi oleh PPP.
*Harga Panduan Pengguna telah dijenamakan semula kepada Panduan Harga Ubat Malaysia / Malaysia Medicine Price Guide (MyPriMe).