- Daftar Lesen (Manual)
- PROTOKOL CARDIOVASCULAR CARE BUNDLE MEDICATION THERAPY ADHERENCE CLINIC (CCB-MTAC)
- PENGUMUMAN PENTING: Permohonan Dan Kelulusan Lesen/ Permit Di Bawah Akta Racun 1952 Melalui Sistem ‘My.Pharma-C 2.0’
- Senarai Dadah Berbahaya (Kemaskini sehingga 1 Mac 2023)
- Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Peraturan-peraturannya
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Tokoh / Champion Dalam Inisiatif Penambahbaikan Kualiti Farmasi (Quality Improvement Initiatives – QIIS)
Tokoh atau Champion dalam bidang aktiviti Inisiatif Penambahbaikan Kualiti (Quality Improvement Initiatives – QIIs) adalah individu yang telah diiktiraf di peringkat kebangsaan dan/atau antarabangsa. Pengiktirafan ini mengambil kira kepakaran, pengetahuan, kemahiran, dan pengalaman mereka dalam melaksanakan dan menjadi pakar rujuk dalam aktiviti QIIs Farmasi sama ada di peringkat fasiliti (hospital/klinik kesihatan) sehingga peringkat antarabangsa.
Selari dengan pelaksanaan polisi National Policy For Quality in Healthcare (NPQH), Program Perkhidmatan Farmasi telah mula mengenalpasti tokoh atau champion sejak tahun 2019 bermula dengan perancangan latihan berkaitan kepada pegawai-pegawai berkenaan. Ini disusuli dengan pemberian anugerah di peringkat kebangsaan seperti Konvensyen QA Kebangsaan dan Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi (KIKF). Tokoh atau champion ini akan turut memainkan peranan sebagai ejen perubahan (change agent) di mana mereka berada bagi memastikan terdapat kesinambungan dalam aktiviti pembudayaan aktiviti QIIs farmasi dalam sistem kesihatan.
Sehubungan itu, tokoh atau champion ini boleh dihubungi bagi sebarang khidmat nasihat yang diperlukan seperti penceramah, fasilitator atau sebagai pakar rujuk aktiviti QIIs Farmasi di Bahagian/ Negeri/ institutsi masing-masing.
Lampiran | Saiz |
---|---|
![]() | 13.71 KB |
![]() | 39.64 KB |
![]() | 24.68 KB |
![]() | 62.36 KB |
- 344 bacaan