- Retroviral Disease (RVD) Pharmacy Services Protocol: Adult and Paediatric (Edisi Ketiga)
- Senarai ubat Galenikal Dan Ekstemporaneous (GAEX) dalam Sistem PhIS
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
- Panduan Pemeriksaan Kendiri Bagi Premis Lesen Jenis A Fasiliti Kesihatan Awam Di Bawah Akta Racun 1952
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Seranta Awam Atas Talian Mengenai Cadangan Pindaan Terhadap Peraturan-peraturan Yang Berkaitan Fi Lesen Di Bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya
BAHAGIAN A: SERANTA AWAM ATAS TALIAN
Pengenalan
Seranta awam atas talian ini adalah selaras dengan aspirasi Kerajaan mendukung prinsip ketelusan dan kesaksamaan bagi pelaksanaan sesuatu undang-undang.
Oleh yang demikian, halaman ini disediakan untuk perundingan awam dan akan memaparkan draf cadangan baru atau pindaan undang-undang (termasuk undang-undang kecil, dasar, peraturan dan lain-lain).
Bahagian ini sedang mengkaji cadangan pindaan terhadap peraturan-peraturan yang berkaitan fi bagi pengeluaran lesen dan permit seperti berikut:
| Peraturan | Lesen/Permit |
|---|---|
| i. P28 Peraturan-peraturan Racun 1952 | Lesen Racun Jenis B dan Lesen Racun Jenis E |
| ii. P15(4) Peraturan-peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 | Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik (Industri) |
| iii. P4A Peraturan-peraturan Racun (Natrium Hidroksida) 1962 | Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida |
Tempoh
Draf tersebut akan dipaparkan pada halaman ini dalam tempoh 21 hari mulai 24 Julai 2017 sehingga 13 Ogos 2017
Kumpulan Sasaran
Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia memerlukan maklum balas, pendapat dan cadangan mengenai draf cadangan tentang perkara ini daripada semua pihak yang berkepentingan (stakeholders) berikut:
- Pemegang Lesen Racun Jenis B
- Pemegang Lesen Racun Jenis E
- Pemegang Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik (Industri) DAN
- Pemegang Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida
BAHAGIAN B: DOKUMEN UNTUK MUAT TURUN
| No | Dokumen | Tempoh Dibuka | Status | Download |
|---|---|---|---|---|
| 1 | Draf Cadangan Pindaan Terhadap Peraturan-peraturan Yang Berkaitan Fi Lesen di bawah Akta Racun 1952 dan Peraturan-peraturannya | Sehingga 13 Ogos 2017 | DITUTUP | Muat Turun |
BAHAGIAN C: MAKLUM BALAS




