Pengumuman

Hari Farmasi Sedunia - 25 September 2014

Bertemakan "ACCESS TO PHARMACISTS IS ACCESS TO HEALTH".

Pertandingan Mencari Ikon Sahabat Farmasi

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sedang mengadakan pertandingan bagi merekacipta ikon rasmi Sahabat Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka.  Ikon tersebut mestilah sinonim dan mudah dikaitkan dengan negeri Melaka, ubat-ubatan serta peranan Sahabat Farmasi sebagai agen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepenggunaan ubat-ubatan.

Penyertaan dibuka dari 2 Jun 2014 sehingga 31 Julai 2014.

Ciptaan karya mestilah:

Wawancara Radio

Seminar on Vetting of Medicine Advertisement

Bahagian Perkhidmatan Farmasi bersama Persatuan Farmasi Malaysia menjemput anda untuk menyertai 'Seminar on Vetting of Medicine Advertisement' pada 29 Oktober 2013 (sesi iklan perkhidmatan kesihatan) dan 3 Disember 2013 (sesi iklan produk perubatan) di Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Petaling Jaya.

Sila muat turun borang pendaftaran untuk maklumat lanjut

Berhati-Hati Dengan Pembelian Ubat-Ubatan Melalui Internet

Berhati-hati jika membeli produk ubat-ubatan atau makanan kesihatan melalui Internet. Semak dan periksa status penjual dan produk yang dijual sebelum membuat apa-apa pembelian. Pastikan produk ubat-ubatan yang dijual telah mendapatkan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Produk makanan tidak sepatutnya mempunyai tuntutan perubatan seolah-olah ianya ubat. Produk yang tidak dapat disahkan statusnya adalah diragui dari segi mutu, keselamatan dan keberkesanannya. 

Halaman-halaman