Pengumuman

Sertai Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia di Facebook


Sertai Y.Bhg. Datuk Dr. Noor Hisham Bin Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia dalam Facebook melalui laman http://www.facebook.com/drnoorhisham sebagai platform untuk komunikasi yang lebih berkesan di antara beliau dan kakitangan KKM dalam menguar-uarkan sebarang bentuk perkhidmatan, pengumuman dan inisiatif  Kementerian kepada anggota di bawah KKM.

Pertandingan Multimedia ‘Quality Use Of Medicines For Consumers’

Bahagian Perkhidmatan Farmasi akan menganjurkan Pertandingan Multimedia ‘Quality Use Of Medicines For Consumers’. Secara umumnya penganjuran pertandingan ini bertujuan untuk menghasilkan bahan pendidikan dalam bentuk multimedia dalam usaha menyebarkan maklumat ubat-ubatan kepada orang awam. Bahan pendidikan untuk pengguna ini akan dimuatnaik ke lawan sesawang ‘Kenali Ubat Anda’ (www.knowyourmedicine.gov.my.), peranti elektronik dan disebarkan melalui alat pandang dengar di ruang menunggu farmasi.

Konvensyen Inovasi dan Kreativiti (KIKF) 2013

Sila layari pautan ini untuk ke laman web rasmi KIKF 2013: http://www.pharmacy.gov.my/kikf

Pencalonan ini dibuka sekarang dan telah dilanjutkan sehingga 22 Februari 2013 28 Februari 2013.  Penyertaan ini juga tidak terhad bagi setiap fasiliti/negeri untuk menghantar seberapa banyak pencalonan. Namun, hanya 16 projek terbaik sahaja yang akan dipilih bagi setiap kategori untuk dipertandingkan di peringkat akhir KIKF 2013 (tertakluk kepada perubahan).

Halaman-halaman