Pengumuman

PEMAKLUMAN LANGKAH-LANGKAH PENJIMATAN BIASISWA HADIAH LATIHAN PERSEKUTUAN (HLP) TAHUN 2016 DAN 2017 KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA

Pemakluman ini bertujuan menjelaskan pindaan terhadap kemudahan yang diperolehi bagi penerima biasiswa HLP KKM selaras dengan langkah-langkah penjimatan peruntukan kerajaan untuk dilaksanakan bagi jangka masa pendek (tahun 2016 dan 2017) dan jangka masa panjang.

Sehubungan itu, bagi calon-calon yang sedang mengikuti pengajian dan calon-calon yang bakal melanjutkan pengajian adalah diminta untuk mengambil perhatian akan perkara ini.

Pertandingan Mencipta Logo Lembaga Iklan Ubat

NOTA KEPADA PESERTA:

1. Penyertaan dibuka kepada semua ahli farmasi berdaftar.

2. Logo hendaklah melambangkan fungsi LIU dalam melaksanakan tugas iaitu:

  • Memberi kelulusan untuk permohonan iklan.
  • Menilai, mengubah polisi dan garispanduan mengikut keperluan
  • Membatalkan / menarik balik kelulusan yang telah diberikan

3. Semua penyertaan / pertanyaan hendaklah diemel kepada: lembaga.iklan.ubat@gmail.com

Pertandingan Mencipta Logo Lembaga Farmasi Malaysia

  • Terbuka kepada semua Ahli Farmasi.
  • Logo hendaklah melambangkan perkhidmatan farmasi di Malaysia.
  • Penyertaan hendaklah diemel kepada lembagafarmasimalaysia@moh.gov.my
  • Tarikh tutup penyertaan ialah pada 19 Ogos 2016
  • Pemenang akan menerima cenderahati dalam bentuk wang tunai, sijil penghargaan dan mata CPD.

Slide Pembentangan Penerangan Rang Undang-Undang Farmasi 2016

Slide Pembentangan Penerangan Rang Undang-Undang Farmasi 2016

Slide penerangan mengenai Rang Undang-Undang Farmasi ini telah dibentangkan di MPS 49th AGM Seminar yang berlangsung pada 27 Mei 2016 di Holiday Villa, Subang Jaya.

Pengumuman Mengenai Pengimportan & Pengeksportan Alpha-Phenylacetoacetonitrile (APAAN), Pengimportan Fosforus dan Pengimportan Nikotin

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 Jun 2016, setiap :

  1. pengimportan & pengeksportan Alpha-Phenylacetoacetonitrile (APAAN),
  2. pengimportan Fosforus dan
  3. pengimportan Nikotin
     

memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport- APAAN sahaja).

Anugerah PTJ Cemerlang Tahun 2015 IPKKM

Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah dianugerahkan dengan Anugerah PTJ Cemerlang Tahun 2015 peringkat IPKMM kerana telah berjaya mencapai prestasi yang cemerlang dalam pengurusan kewangan dan akaun. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat.

Pindaan Tarikh Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Bagi Sesi Jun 2016

Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi sesi Jun 2016 yang telah dijadualkan pada 1 Jun 2016 akan ditunda kepada 8 Jun 2016 seperti berikut:

Tarikh Peperiksaan

Tarikh Tutup Permohonan

8 Jun 2016 (Rabu)

29 April 2016

Pembaharuan Sijil Tahunan Ahli Farmasi (AC) bagi tahun 2017

Kesemua Ahli Farmasi Berdaftar boleh mula memohon ARC bagi Tahun 2017 bermula dari 1 Jan 2016 sehingga 31 Dis 2016. Ahli–ahli farmasi digalakan untuk mengumpul mata CPD minimum sebanyak 30 dalam tempoh 1 Januari 2015- 31 Disember 2016

Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 November 2015, setiap pengimportan dan pengeksportan merkuri dan sebatian merkuri di bawah Konvensyen Minamata memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport).

Halaman-halaman