Pengumuman

SERANTA AWAM: CADANGAN PELAKSANAAN KAWALAN HARGA UBAT DI BAWAH AKTA 723 UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA UBAT-UBATAN DI MALAYSIA

Tujuan konsultasi ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan rakyat mengenai pelaksanaan kawalan harga ubat di Malaysia.

Pada masa ini, harga ubat tidak dikawal di mana hospital, klinik dan farmasi bebas menentukan harga ubat yang dibeli oleh pengguna. Di samping itu, tiada peruntukan undang-undang untuk melindungi pengguna daripada harga ubat yang tidak munasabah.

Hari terakhir penghantaran abstrak KIKF 2019

Hari ini merupakan hari terakhir penerimaan abstrak bagi Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi 2019. Penghantaran abstrak akan ditutup pada jam 12.00 tengah malam, 16 April 2019.

Standards on Approval and Recognition of Pharmacy Programme 2018

Standards on Approval and Recognition of Pharmacy Programme 2018 oleh Lembaga Farmasi Malaysia (LFM) menyenaraikan standard yang perlu dipatuhi oleh Pemberi Pendidikan Tinggi (PPT) yang menawarkan program ijazah farmasi bagi menghasilkan graduan ahli farmasi yang kompeten dan berkualiti.

PENGUMUMAN! NO.KKLIU BAGI IKLAN UBAT YANG BERAKHIR DENGAN TAHUN 2017 TELAH TAMAT TEMPOH PADA 31.12.2019

Sila ambil maklum bahawa No.KKLIU bagi iklan ubat yang berakhir dengan tahun 2017 telah tamat tempoh pada 31.12.2019. Sila semak semua iklan di premis / media anda dan pastikan ia tidak lagi disiarkan.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Sekretariat
Lembaga Iklan Ubat 

Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-7841 3200
Faks: 03-7968 2251/2222

PENGUMUMAN BERKAITAN PINDAAN FI BAGI BAHAN PSIKOTROPIK

Pengumuman Berkaitan Pindaan Fi (Fee) bagi

1. Kebenaran Import/ Eksport Bahan Psikotropik

2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan

1. Kebenaran Import/ Eksport Bagi Bahan Psikotropik, dan

2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik

perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

PENGUMUMAN! PENETAPAN FI BARU BAGI KELULUSAN LEMBAGA IKLAN UBAT

Pengumuman berkaitan pindaan fi permohonan bagi kelulusan Lembaga Iklan Ubat 

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan bagi kelulusan Lembaga Iklan Ubat perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976 (Pindaan) 2018 iaitu:

8.       (3). Setiap permohonan untuk mendapatkan kelulusan iklan hendaklah disertakan dengan fi sebanyak tiga ratus ringgit

PENGUMUMAN BERKAITAN PINDAAN FEE LESEN/ PERMIT

Pengumuman berkaitan pindaan fee lesen/ permit 

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan lesen dan permit perlu disertakan dengan kadar fee baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

I)  Di bawah Peraturan 28 Peraturan-Peraturan Racun (Pindaan) 2018 iaitu :

    28. (1) An Application for a licence under the Act shall be accompanied by the following fees:

                a. RM 300.00 for Type A licence

Code of Ethics for Pharmacists 2018

Code of Ethics for Pharmacists 2018 menyenaraikan standard minimum bagi tingkah laku yang baik dan profesionalisme oleh seseorang ahli farmasi berdaftar di Malaysia. Selain itu, kod ini juga menjadi rujukan oleh LFM dalam menangani kes-kes salah laku profesional ahli farmasi berdaftar.

 

PENGIKLANAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF DAN PENGUBAHSUAIAN RUANG PEJABAT

Pengiklanan sebut harga bagi kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian ruang pejabat Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi (DPSF) dan Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi (A&P) di Lot 36, Jalan Universiti, Petaling Jaya.

 

Kelayakan:

a) Kod Bidang Pendaftaran: CIBD, Gred G2

b) Kategori B04, CE21 dan E04

 

TARIKH LAWATAN TAPAK: 25 APRIL 2018 (RABU), 10.00 PAGI

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Halaman-halaman