Pengumuman

Anugerah PTJ Cemerlang Tahun 2015 IPKKM

Bahagian Perkhidmatan Farmasi telah dianugerahkan dengan Anugerah PTJ Cemerlang Tahun 2015 peringkat IPKMM kerana telah berjaya mencapai prestasi yang cemerlang dalam pengurusan kewangan dan akaun. Tahniah diucapkan kepada semua kakitangan yang terlibat.

Pindaan Tarikh Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Bagi Sesi Jun 2016

Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi bagi sesi Jun 2016 yang telah dijadualkan pada 1 Jun 2016 akan ditunda kepada 8 Jun 2016 seperti berikut:

Tarikh Peperiksaan

Tarikh Tutup Permohonan

8 Jun 2016 (Rabu)

29 April 2016

Pembaharuan Sijil Tahunan Ahli Farmasi (AC) bagi tahun 2017

Kesemua Ahli Farmasi Berdaftar boleh mula memohon ARC bagi Tahun 2017 bermula dari 1 Jan 2016 sehingga 31 Dis 2016. Ahli–ahli farmasi digalakan untuk mengumpul mata CPD minimum sebanyak 30 dalam tempoh 1 Januari 2015- 31 Disember 2016

Semakan Draf Guide to Good Dispensing Practice

Draf Guide to Good Dispensing Practice (GDsP) atau Garis Panduan Amalan Pendispensan Baik ini sedia dibuka untuk maklum balas dan komen daripada pihak stakeholder  terlibat. Garis panduan ini akan terpakai bagi semua fasiliti kesihatan kerajaan dan juga swasta. Ia dipaparkan di laman sesawang Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia dari 10 November sehingga 9 Disember 2015. Segala cadangan dan komen boleh dihantar secara bertulis ke alamat berikut:
 

Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 November 2015, setiap pengimportan dan pengeksportan merkuri dan sebatian merkuri di bawah Konvensyen Minamata memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport).

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM Bil. 1/2016

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM Bil. 1/2016 ialah pada 1 Disember 2015.

Pertandingan Mencipta Tema Persidangan Penyelidikan (R&D) Farmasi Kebangsaan ke-9, Tahun 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Bahagian Perkhidmatan Farmasi, KKM akan menganjurkan Persidangan Penyelidikan Dan Pembangunan (R&D) Farmasi Kebangsaan Ke-9 yang dijangka akan berlangsung pada bulan Ogos 2016.  Sehubungan itu, Jawatankuasa Penganjur ingin menjemput warga farmasi KKM untuk menyertai pertandingan mencipta tema bagi persidangan tersebut.

 

Fiesta Kenali Ubat Anda, 19 September 2015

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan Bil. 3/2015 ialah 1 September 2015

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan Bil. 3/2015 ialah 1 September 2015. 

Halaman-halaman