Pengumuman

PENGUMUMAN! NO.KKLIU BAGI IKLAN UBAT YANG BERAKHIR DENGAN TAHUN 2017 TELAH TAMAT TEMPOH PADA 31.12.2019

Sila ambil maklum bahawa No.KKLIU bagi iklan ubat yang berakhir dengan tahun 2017 telah tamat tempoh pada 31.12.2019. Sila semak semua iklan di premis / media anda dan pastikan ia tidak lagi disiarkan.

Terima kasih di atas kerjasama yang diberikan.

Sebarang pertanyaan sila hubungi;

Sekretariat
Lembaga Iklan Ubat 

Kementerian Kesihatan Malaysia
Tel: 03-7841 3200
Faks: 03-7968 2251/2222

PENGUMUMAN BERKAITAN PINDAAN FI BAGI BAHAN PSIKOTROPIK

Pengumuman Berkaitan Pindaan Fi (Fee) bagi

1. Kebenaran Import/ Eksport Bahan Psikotropik

2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan

1. Kebenaran Import/ Eksport Bagi Bahan Psikotropik, dan

2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik

perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

PENGUMUMAN! PENETAPAN FI BARU BAGI KELULUSAN LEMBAGA IKLAN UBAT

Pengumuman berkaitan pindaan fi permohonan bagi kelulusan Lembaga Iklan Ubat 

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan bagi kelulusan Lembaga Iklan Ubat perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

Peraturan-Peraturan Lembaga Iklan Ubat 1976 (Pindaan) 2018 iaitu:

8.       (3). Setiap permohonan untuk mendapatkan kelulusan iklan hendaklah disertakan dengan fi sebanyak tiga ratus ringgit

PENGUMUMAN BERKAITAN PINDAAN FEE LESEN/ PERMIT

Pengumuman berkaitan pindaan fee lesen/ permit 

Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan lesen dan permit perlu disertakan dengan kadar fee baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:

I)  Di bawah Peraturan 28 Peraturan-Peraturan Racun (Pindaan) 2018 iaitu :

    28. (1) An Application for a licence under the Act shall be accompanied by the following fees:

                a. RM 300.00 for Type A licence

Code of Ethics for Pharmacists 2018

Code of Ethics for Pharmacists 2018 menyenaraikan standard minimum bagi tingkah laku yang baik dan profesionalisme oleh seseorang ahli farmasi berdaftar di Malaysia. Selain itu, kod ini juga menjadi rujukan oleh LFM dalam menangani kes-kes salah laku profesional ahli farmasi berdaftar.

 

PENGIKLANAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF DAN PENGUBAHSUAIAN RUANG PEJABAT

Pengiklanan sebut harga bagi kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian ruang pejabat Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi (DPSF) dan Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi (A&P) di Lot 36, Jalan Universiti, Petaling Jaya.

 

Kelayakan:

a) Kod Bidang Pendaftaran: CIBD, Gred G2

b) Kategori B04, CE21 dan E04

 

TARIKH LAWATAN TAPAK: 25 APRIL 2018 (RABU), 10.00 PAGI

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pelawaan Kemasukan Ke Laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject-Matter Expert-SME) Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil 7 Tahun 2016

Maklumat lanjut berkenaan pelawaan kemasukan ke laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject-Matter Expert-SME) boleh terus layari ke laman sesawang Kementerian Kesihatan Malaysia

Nota:

Pembetulan pada:

Pengumuman Mengenai: Pengimportan Polymyxin termasuk polymyxin B dan polymyxin E (Colistin)

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 Mac 2018, setiap pengimportan Polymyxin termasuk polymyxin B dan polymyxin E (Colistin) memerlukan kelulusan Permit Import (e-Permit) di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).

Aktiviti Penyelenggaraan Sistem Program Perkhidmatan Farmasi

Adalah dimaklumkan, bermula tarikh 29 September 2017 jam 5.00 petang sehingga 2 Oktober 2017 jam 12 tengah hari akan berlaku gangguan terdapat semua sistem di bawah Program Perkhidmatan Farmasi. Ini bagi memberi laluan kepada kerja-kerja penyelenggaraan elektrik untuk peningkatan mutu perkhidmatan Kerajaan sedia ada.

Berikut adalah senarai sistem-sistem yang akan mengalami gangguan capaian sepanjang tempoh tersebut:

World Pharmacist Day Games 2017

World Pharmacist Day Games 2017!!!

Tarikh : 23rd – 24th September 2017

Tempat : Panasonic National Sports Centre (Ole Ole Bowling Lanes), Persiaran Perkilangan, Seksyen 21, 40300 Shah Alam, Selangor, Malaysia.

Halaman-halaman