Industri

Kajian Pemantauan Harga Ubat (KPHU) 2017

Kajian Pemantauan Harga Ubat (KPHU) telah dijalankan oleh KKM sejak tahun 2006 dan menyediakan maklumat menyeluruh tentang ketersediaan, harga dan kemampuan milik ubat di Malaysia. Metodologi kajian ini adalah mengikut garis panduan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan Health Action International (HAI) bagi meningkatkan pemantauan harga ubat di seluruh dunia.

Melayu

National Regulatory Conference 2018 (NRC 2018)

Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan National Regulatory Conference 2018 (NRC 2018) pada 2-4 Oktober 2018. 

Untuk makluman lanjut, sila layari laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://npra.moh.gov.my/index.php/announcement/1288-national-regulatory-conference-nrc-2018

Tarikh aktiviti: 
Selasa, 2 Oktober 2018 hingga Khamis, 4 Oktober 2018

Dasar Kualiti

Program Perkhidmatan Farmasi telah menggubal dasar kualiti yang bersesuaian dengan matlamat organisasi.

Dasar kualiti Program Perkhidmatan Farmasi adalah dinamik. Ia akan dikemas kini dari semasa ke semasa untuk memastikan kesesuaiannya. Dasar ini akan dijelaskan kepada semua anggota Program Perkhidmatan Farmasi supaya mereka memahaminya dan dapat memberi perkhidmatan ke arah memenuhi kehendak dasar tersebut.

Panduan Permohonan Kebenaran Import/ Eksport Bahan Psikotropik dan Dadah Berbahaya

Panduan ini disediakan kepada pemohon yang ingin membuat permohonan Kebenaran Import / Eksport Dadah Berbahaya dan Bahan Psikotropik (Import/ Export Authorization of Dangerous Drugs and Psychotropic Substances) yang dikeluarkan oleh Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Panduan ini menerangkan syarat-syarat pemohon dan permohonan, serta menjelaskan tatacara permohonan.

Melayu

Garis Panduan Permohonan Melaksanakan Patient Access Scheme (PASc) di Kementerian Kesihatan Malaysia

Garis panduan ini menjelaskan proses permohonan melaksanakan Patient Access Scheme (PASc) yang ditetapkan oleh Bahagian Amalan dan Perkembangan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Patient Access Scheme (PASc) merupakan satu skim yang ditawarkan oleh syarikat farmaseutikal kepada pihak pembiaya iaitu KKM bagi meningkatkan akses pesakit terhadap ubat-ubatan yang mempunyai impak kewangan yang tinggi sama ada berpunca daripada kos ubat seorang pesakit yang tinggi atau jumlah penggunaan ubat yang tinggi. 

Melayu

PENGIKLANAN SEBUT HARGA KERJA-KERJA NAIK TARAF DAN PENGUBAHSUAIAN RUANG PEJABAT

Pengiklanan sebut harga bagi kerja-kerja naik taraf dan pengubahsuaian ruang pejabat Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi (DPSF) dan Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi (A&P) di Lot 36, Jalan Universiti, Petaling Jaya.

 

Kelayakan:

a) Kod Bidang Pendaftaran: CIBD, Gred G2

b) Kategori B04, CE21 dan E04

 

TARIKH LAWATAN TAPAK: 25 APRIL 2018 (RABU), 10.00 PAGI

 

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Pencapaian Piagam Pelanggan 2018

Tempoh pencapaian: Januari – Disember 2018

 

Pengumuman Mengenai: Pengimportan Polymyxin termasuk polymyxin B dan polymyxin E (Colistin)

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 Mac 2018, setiap pengimportan Polymyxin termasuk polymyxin B dan polymyxin E (Colistin) memerlukan kelulusan Permit Import (e-Permit) di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import).

Halaman-halaman