Industri

Kenali Ubat Anda: Jom Kenal Ubat

Sebarang pertanyaan mengenai maklumat tentang ubat-ubatan, sila hubungi talian bebas tol 1-800-88-6722 (Pusat Panggilan Farmasi Kebangsaan) setiap hari Isnin hingga Jumaat (jam 8.00 pagi - 5.00 petang).

Melayu

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu

Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu ditawarkan bagi mengatasi masalah yang dihadapi pesakit untuk mendapatkan bekalan ubat susulan mereka seperti sukar mendapat ruang parkir kenderaan, kesesakan di kaunter farmasi serta masa menunggu di farmasi yang lama.

Senarai Pegawai Farmasi KKM yang telah Lulus Peperiksaan 'Good Clinical Practice' (GCP)

Good Clinical Practice (GCP) ialah satu piawaian antarabangsa berkenaan etika dan kualiti saintifik dalam mereka bentuk, melaksana, mendokumen dan melaporkan penyelidikan kajian klinikal (clinical trial) yang melibatkan manusia. Pensijilan GCP ialah keperluan yang wajib dimiliki oleh penyelidik yang ingin terlibat dalam penyelidikan kajian klinikal.

Pengguna Dinasihatkan Untuk Mengelakkan Dari Mengguna Produk Kosmetik Yang Dikesan Mengandungi Racun Berjadual

Produk-produk kosmetik di atas telah diuji dan dikesan mengandungi racun berjadual hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan di dalam produk kosmetik. Oleh itu, produk-produk tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

Amaran Kepada Orang Awam Mengenai Pengambilan Produk Tidak Berdaftar Majun Burung Unta

Pusat Pemonitoran Kesan Advers Ubat Kebangsaan, Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK) ingin mengingatkan dan menasihatkan orang awam agar tidak membeli atau menggunakan produk tidak berdaftar yang dijual sebagai ubat tradisional melayu dan yang dilabel dengan nama MAJUN BURUNG UNTA.

Pertandingan Mencari Ikon Sahabat Farmasi

Jabatan Kesihatan Negeri Melaka sedang mengadakan pertandingan bagi merekacipta ikon rasmi Sahabat Farmasi, Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri Melaka.  Ikon tersebut mestilah sinonim dan mudah dikaitkan dengan negeri Melaka, ubat-ubatan serta peranan Sahabat Farmasi sebagai agen untuk meningkatkan kesedaran masyarakat tentang kepenggunaan ubat-ubatan.

Penyertaan dibuka dari 2 Jun 2014 sehingga 31 Julai 2014.

Ciptaan karya mestilah:

Siaran Langsung Bual Bicara "Bahana Ubat Tidak Berdaftar" di RTM1

Ikuti secara langsung temuramah bersama  Tn. Hj. Mohd Hatta Bin Ahmad (Pengarah Penguatkuasaan Farmasi, KKM) dan En. Mazlan Bin Ismail (Timbalan Pengarah Penguatkuasaan Farmasi, KKM) di RTM1 dalam program Bual Bicara mengenai Bahana Ubat Tidak Berdaftar pada 5 Jun 2014, jam 2.15 petang. 

Ini merupakan salah satu inisiatif Bahagian Perkhidmatan Farmasi dalam mendidik pengguna menggunakan ubat-ubatan yang selamat dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.

Lokasi/tempat: 
Siaran Langsung di RTM1 jam 2.15 petang
Tarikh aktiviti: 
Rabu, 4 Jun 2014 hingga Jumaat, 6 Jun 2014

Pertandingan Mereka Cipta Poster dan Video 2014

Jom sertai Pertandingan Mereka Cipta Poster & Video 2104 yang bertemakan KENALI UBAT ANDA: Gunalah Ubat Dengan Bijak Dan Selamat. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar universiti dan kolej di negeri Sarawak. Peserta perlu memilih salah satu topik yang disediakan dan karya tersebut boleh dihasilkan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  Tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 Ogos 2014. Hadiah-hadiah menarik menanti anda!

Lokasi/tempat: 
Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Tarikh aktiviti: 
Khamis, 29 Mei 2014 hingga Isnin, 1 September 2014

Halaman-halaman