Industri

Hukuman

Di bawah Akta Jualan Dadah 1952, individu atau syarikat yang mengilang, menjual, mengedar, mengimport atau menggunakan ubat-ubatan yang tidak berdaftar adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. Jika disabit kesalahan, hukuman yang dikenakan adalah seperti berikut:

Tindakan Penguatkuasaan

Program Perkhidmatan Farmasi melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi begitu komited dalam membanteras penjualan dan pengiklanan ubat tidak berdaftar dalam talian. Selain daripada Kempen Kesedaran Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian #biarbetuliklanni! secara berterusan, pihak kami akan terus memantau iklan ubat dalam pelbagai platform di media baharu.

Pengumuman Mengenai Pengimportan dan Pengeksportan Merkuri dan Sebatian Merkuri

Sila ambil maklum bahawa berkuatkuasa pada 1 November 2015, setiap pengimportan dan pengeksportan merkuri dan sebatian merkuri di bawah Konvensyen Minamata memerlukan kelulusan e-PERMIT di bawah Perintah Kastam (Larangan Mengenai Import) dan Perintah Kastam (Larangan Mengenai Eksport).

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM Bil. 1/2016

Tarikh akhir penghantaran proforma untuk Mesyuarat Panel Kaji Semula Senarai Ubat-ubatan KKM Bil. 1/2016 ialah pada 1 Disember 2015.

Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Pertama

DUNas dilaksanakan mengikut penggal. DUNas Penggal Pertama bertempoh selama lima tahun dari 2007 hingga 2011. Dasar ini adalah hasil daripada usaha kerjasama agensi kerajaan dan sektor swasta. Perundingan dengan bantuan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melalui bengkel dan mesyuarat bersama semua pihak berkepentingan telah melahirkan dokumen dasar ini pada tahun 2006 dan seterusnya mendapat persetujuan daripada Jemaah Menteri Malaysia untuk dijadikan dasar rasmi farmaseutikal kebangsaan.

Halaman-halaman