Awam

27th PIC/S Expert Circle Meeting On Human Blood, Tissues, Cells and Advance Therapy Medicinal Products (ATMPs)

Sukacita dimaklumkan pihak NPRA akan menganjurkan 27th PIC/S Expert Circle Meeting On Human Blood, Tissues, Cells and Advance Therapy Medicinal Products (ATMPs) pada 20-22 Ogos 2024.

Untuk maklumat lanjut, muat turun lampiran yang disediakan.

Lokasi/tempat: 
Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh aktiviti: 
Selasa, 20 Ogos 2024 hingga Khamis, 22 Ogos 2024

Pelabelan Harga Ubat di Fasiliti Kesihatan KKM

Tahukah anda?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif pelabelan harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan kepada pesakit di seluruh fasiliti kesihatan KKM sejak tahun 2011.

Hargailah ubat anda

Elakkan pembaziran ubat

Persidangan R&D Farmasi Kebangsaan Ke-12 2024

Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan menganjurkan Persidangan Penyelidikan dan Pembangunan Farmasi Kebangsaan Ke-12 Tahun 2024 pada 19 - 21 Ogos 2024 di sekitar Lembah Klang atau Putrajaya. Tema persidangan kali ini Unity for Medicine Security: Collaborative Solutions for a Safer Future.

AUDIT PEMANTAUAN SISTEM PENGURUSAN KUALITI MS ISO 9001:2015 TAHUN 2024

Pada 28 & 29 Februari 2024, SIRIM QAS Sdn. Bhd telah melaksanakan audit pemantauan MS ISO 9001:2015 di Program Perkhidmatan Farmasi Ibu Pejabat Kementerian Kesihatan Malaysia (PPF IPKKM). Juru audit yang terlibat adalah Puan Kho Yeck Lan dan Encik Izzat Izwan bin Othman.

Apakah yang boleh dilakukan sekiranya mendapat pertanyaan atau ingin mendapatkan penjelasan berkenaan format iklan yang diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat?

Pemohon boleh menghubungi pihak sekretariat Lembaga Iklan Ubat melalui panggilan telefon (03-7841 3200), emel (liu@moh.gov.my), surat-menyurat dan juga perjumpaan secara bersemuka sekiranya memerlukan penjelasan berkenaan format yang diluluskan. Pegawai akan memberikan justifikasi dan penjelasan berkenaan tuntutan yang tidak diluluskan dalam format iklan atau format iklan yang tidak diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat.

Adakah kawalan kendiri iklan produk farmaseutikal dapat dilaksanakan di Malaysia?

Kawalan kendiri tidak dibenarkan di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan PLIU 1976. Tertakluk kepada Peraturan 5(1) PLIU 1976, semua iklan mesti diluluskan oleh LIU sebelum disiarkan kepada orang awam. Walau bagaimanapun, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi sedang dalam proses pindaan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan PLIU 1976. Penglibatan dan cadangan daripada pihak berkepentingan boleh dikemukakan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM.

Halaman-halaman