Industri

Pertandingan Mereka Cipta Poster dan Video 2014

Jom sertai Pertandingan Mereka Cipta Poster & Video 2104 yang bertemakan KENALI UBAT ANDA: Gunalah Ubat Dengan Bijak Dan Selamat. Pertandingan ini terbuka kepada semua pelajar universiti dan kolej di negeri Sarawak. Peserta perlu memilih salah satu topik yang disediakan dan karya tersebut boleh dihasilkan di dalam Bahasa Melayu atau Bahasa Inggeris.  Tarikh tutup pertandingan adalah pada 31 Ogos 2014. Hadiah-hadiah menarik menanti anda!

Lokasi/tempat: 
Cawangan Penguatkuasa Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak
Tarikh aktiviti: 
Khamis, 29 Mei 2014 hingga Isnin, 1 September 2014

Meningkatkan Kualiti Penyampaian Perkhidmatan Farmasi Melalui Pembudayaan Amalan 5S

Jurnal yang duterbitkan dengan kerjasama Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) berkaitan pelaksanaan serta kejayaan Amalan 5S di peringkat Program Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Melayu

Siaran Langsung Temuramah Program Suara Kita Hak Kita di RTM1 Pada 28 April 2014, jam 9.00 malam

Ikuti siaran langsung temuramah di RTM1 pada 28 April 2014, jam 9.00 malam dalam program Suara Kita Hak Kita  mengenai Bahana Ubat Tiruan  oleh En. Mazlan Bin Ismail, Timbalan Pengarah, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia. 

Ini merupakan satu daripada inisiatif Bahagian Perkhidmatan Farmasi dalam mendidik pengguna menggunakan ubat-ubatan yang selamat dan berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.  

Lokasi/tempat: 
RTM1, jam 9.00 malam
Tarikh aktiviti: 
Isnin, 28 April 2014 hingga Selasa, 29 April 2014

Temuramah di radio BFM (The Business Station) 89.9 MHz

Ikuti siaran langsung temuramah radio mengenai ubat berdaftar dan kosmetik bernotifikasi oleh Cawangan Penguatkuasaan Farmasi, Jabatan Kesihatan Negeri Selangor di stesen radio Business FM di frekuensi 89.9 MHz  pada 10 April 2014 jam 4.00 petang.

Ini merupakan satu daripada inisiatif Bahagian Perkhidmatan Farmasi dalam mendidik pengguna menggunakan ubat-ubatan yang berdaftar dengan Kementerian Kesihatan Malaysia.  

Lokasi/tempat: 
Siaran langsung jam 4.00 petang
Tarikh aktiviti: 
Khamis, 10 April 2014 hingga Jumaat, 11 April 2014

Drug Utilization in the treatment of Diabetes Mellitus in the Ministry of Health facilities

Diabetes Mellitus (DM) adalah satu penyakit kronik  utama di Malaysia yang berpotensi menyebabkan komplikasi kesihatan yang lebih serius. Jumlah pesakit Diabetes Mellitus di Malaysia meningkat pada kadar yang membimbangkan. Selain itu juga, kos yang perlu dibelanjakan untuk merawat penyakit ini adalah tinggi.

Melayu

Video Korporat BPF KKM

Video korporat Bahagian Perkhidmatan Farmasi KKM.

Melayu

Ulasan Kepada Laporan Dalam Sinar Harian Bertarikh 9 Mac 2014 Bertajuk: Kulit Melecur Dipercayai Salah Ubat

Akhbar Sinar Harian bertarikh 9 Mac 2014 melaporkan bahawa seorang anggota askar wataniah yang berumur 26 tahun telah dibawa oleh rakan setugasnya ke Hospital Tuanku Ja'afar (HTJ), Seremban pada 1 Mac 2014 disebabkan badannya ditumbuhi bintik merah dan disyaki menghidap demam campak. Pesakit (anggota askar wataniah) ini diberikan ubat demam, vitamin dan ubat garam oleh doktor dari HTJ.

Wawancara Radio

Pindaan Pada Akta Yang Dikuatkuasakan oleh Bahagian Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia

Pindaan terkini mengikut kronologi bagi Akta-Akta yang dikuatkuasakan :-

a)  Akta Racun 1952 dan Peraturan-Peraturannya;

b)  Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturannya;

c)   Akta Pendaftaran Ahli Farmasi 1951 dan Peraturan-Peraturannya;

d)   Akta Ubat (Iklan & Penjualan) 1956.

Melayu

Halaman-halaman