Industri

Garis Panduan untuk Pewasit - Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs)

Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs) adalah jurnal peer-reviewed diterbitkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2022. Matlamat PharmQIIs adalah menerbitkan artikel berdasarkan Inisiatif Penambahbaikan Kualiti (QIIs) dalam format Laporan Penambahbaikan Kualiti (QIR).

LANJUTAN KONTRAK PEMBEKALAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BAGI PRODUK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) ingin memaklumkan bahawa kontrak pembekalan label keselamatan hologram oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd. (TSP) telah dilanjutkan selama tiga (3) bulan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 sehingga 30 September 2025. 

27th PIC/S Expert Circle Meeting On Human Blood, Tissues, Cells and Advance Therapy Medicinal Products (ATMPs)

Sukacita dimaklumkan pihak NPRA akan menganjurkan 27th PIC/S Expert Circle Meeting On Human Blood, Tissues, Cells and Advance Therapy Medicinal Products (ATMPs) pada 20-22 Ogos 2024.

Untuk maklumat lanjut, muat turun lampiran yang disediakan.

Lokasi/tempat: 
Kuala Lumpur, Malaysia
Tarikh aktiviti: 
Selasa, 20 Ogos 2024 hingga Khamis, 22 Ogos 2024

GARIS PANDUAN DILUTION GUIDE FOR FLUID RESTRICTED CRITICALLY ILL ADULTS

Pesakit kritikal yang mengalami penyakit yang serius dan mengancam nyawa memerlukan pemantauan yang rapi oleh petugas kesihatan yang mempunyai kepakaran dalam bidang penjagaan rapi.

Melayu

Apakah yang boleh dilakukan sekiranya mendapat pertanyaan atau ingin mendapatkan penjelasan berkenaan format iklan yang diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat?

Pemohon boleh menghubungi pihak sekretariat Lembaga Iklan Ubat melalui panggilan telefon (03-7841 3200), emel (liu@moh.gov.my), surat-menyurat dan juga perjumpaan secara bersemuka sekiranya memerlukan penjelasan berkenaan format yang diluluskan. Pegawai akan memberikan justifikasi dan penjelasan berkenaan tuntutan yang tidak diluluskan dalam format iklan atau format iklan yang tidak diluluskan oleh Lembaga Iklan Ubat.

Adakah kawalan kendiri iklan produk farmaseutikal dapat dilaksanakan di Malaysia?

Kawalan kendiri tidak dibenarkan di bawah Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan PLIU 1976. Tertakluk kepada Peraturan 5(1) PLIU 1976, semua iklan mesti diluluskan oleh LIU sebelum disiarkan kepada orang awam. Walau bagaimanapun, Bahagian Penguatkuasaan Farmasi sedang dalam proses pindaan Akta Ubat (Iklan dan Penjualan) 1956 dan PLIU 1976. Penglibatan dan cadangan daripada pihak berkepentingan boleh dikemukakan kepada Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM.

Halaman-halaman