- Garis Panduan Dan Polisi Lembaga Iklan Ubat (LIU)
- Senarai Ijazah Farmasi Diiktiraf oleh Lembaga Farmasi Malaysia
- Senarai Premis Latihan Bagi Pegawai Farmasi Provisional (PRP)
- Radiopharmaceutical Preparation and Quality Control: Technical Documents Submission Guidance 1st Edition (2025)
- Community Pharmacy Benchmarking Guideline
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
PENGUMUMAN BERKAITAN PINDAAN FI BAGI BAHAN PSIKOTROPIK
Pengumuman Berkaitan Pindaan Fi (Fee) bagi
1. Kebenaran Import/ Eksport Bahan Psikotropik
2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik
Sila ambil maklum bahawa mulai 1 Januari 2019 semua permohonan
1. Kebenaran Import/ Eksport Bagi Bahan Psikotropik, dan
2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik
perlu disertakan dengan kadar fi baharu seperti yang ditetapkan dalam pindaan peraturan berikut:
1. Kebenaran Import/ Eksport Bagi Bahan Psikotropik
I. Di bawah Peraturan 7, Peraturan-Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 (Pindaan) 2018 iaitu:
Fee for import or export authorisation
7. (1) Every application for an import or export authorisation shall be accompanied by a fee of two hundred ringgit.
(2) The fee which has been paid under subregulation (1) shall not be refundable.
Prosedur Bayaran Fi
- Pembayaran disertakan bersama permohonan secara manual ke Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia.
- Bayaran perlu dibuat dalam bentuk Money Order/ Wang Pos/ Bank Deraf atas nama:
“KETUA SETIAUSAHA KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA”
- Hanya permohonan yang lengkap dan telah disertakan bayaran akan diproses.
II. Di bawah Jadual Pertama, Borang A, Peraturan-Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 (Pindaan) 2018 iaitu:
In paragraph 4 by deleting the words ‘in the event that my application is approved’
Nota: Bagi perkara di para II, sila gunakan Borang A baharu yang boleh di dapati di laman sesawang berikut https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/dokumen/borang-permohonan-kebenaran-import-eksport-dadah-berbahaya-bahan-psikotropik.html
2. Permit Membeli dan Mengguna Bahan Psikotropik
Di bawah Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Racun (Bahan Psikotropik) 1989 (Pindaan) 2018 iaitu:
15. (4) Every application for a permit to purchase and use psychotropic substance shall be accompanied by a fee of three hundred ringgit.
(4A) The fee which has been paid under subregulation (4) shall not be refundable.
Prosedur Bayaran Fi
- Bayaran perlu dibuat di luar talian dalam bentuk Money Order/ Wang Pos/ Bank Deraf atas nama:
“PENGARAH KESIHATAN NEGERI ………………………..” (Masukkan nama negeri yang berkaitan)
- Money Order/ Wang Pos/ Bank Deraf perlu dihantar ke pejabat Cawangan Penguatkuasa Farmasi Negeri di mana permit dipohon (negeri yang dipilih semasa membuat permohonan melalui sistem SPIKES) bersama cetakan borang permohonan permit yang telah dibuat dalam sistem SPIKES.
- Hanya permohonan yang lengkap dan telah disertakan bayaran akan diproses.
- 4637 bacaan