Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Selasa, 3 March 2020

Kempen Waspada Pembelian Ubat Dalam Talian diteruskan bagi tahun 2021 bagi memberikan maklumat kepada pengguna berhubung pembelian ubat-ubatan yang selamat dan diluluskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Matlamat utama kempen ini adalah untuk meningkatkan kesedaran pengguna tentang risiko pembelian ubat secara dalam talian, mengelakkan pengguna daripada terdedah kepada bahaya ubat tidak berdaftar@palsu an juga supaya tidak mudah mempercayai iklan-iklan yang disiarkan di media sosial dengan tuntutan perubatan yang tidak diluluskan oleh KKM.

Kempen ini menekankan lima (5) prinsip utama iaitu:

  1. Pengenalan kepada ciri-ciri ubat yang berdaftar dengan KKM.
  2. Cara menyemak kesahihan nombor pendaftaran dan hologram Farmatag pada produk ubat.
  3. Cara mengenali iklan-iklan ubat dan perkhidmatan kesihatan yang diluluskan oleh KKM.
  4. Cara menyemak kesahihan nombor kelulusan iklan.
  5. Tips pembelian ubat yang selamat secara dalam talian.

Untuk maklumat lanjut berhubung kempen ini, sila layari laman sesawang 

https://www.pharmacy.gov.my/v2/ms/website/waspada-belian-ubat-online

Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan@aduan berhubung penjualan dan pengiklanan ubat-ubatan secara dalam talian, sila hubungi ibupejabat Bahagian Penguatkuasaan Farmasi, KKM di talian 03-78413200 atau mana-mana pejabat Cawangan Penguatkuasaan Farmasi di negeri-negeri dimana anda berada.

Aduan juga boleh dibuat melalui portal Sistem Pengurusan Aduan Agensi Awam (SisPAA) di URL https://moh.spab.gov.my.

Fail-fail muat turun: