PENGUMUMAN PENTING PERMOHONAN LESEN/ PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 SECARA MANUAL TERMASUK BAGI PERMOHONAN PEMBAHARUAN LESEN/ PERMIT BAGI TAHUN 2025

Kategori berita: 
Tarikh terbit: 
Khamis, 15 Ogos 2024

Salam Tuan/Puan,

  1. Permohonan pembaharuan untuk semua lesen di bawah Akta Racun 1952 dan Permit Membeli dan Mengguna Natrium Hidroksida (NaOH) bagi lesen/permit berkuat kuasa tahun 2025 akan dibuka bermula 1 September 2024 sehingga 31 Disember 2024.
  2. Susulan gangguan teknikal ke atas sistem My.Pharma-C, permohonan pembaharuan bagi tahun 2025 termasuk bayaran fi perlu dikemukakan secara manual dengan segera sebelum 31 Disember 2024.
  3. Sila klik pada pautan ini untuk mendapatkan borang permohonan dan maklumat lanjut berkenaan permohonan secara manual ini. (https://pharmacy.moh.gov.my/ms/berita/15-dis-2023/pengumuman-penting-permohonan-lesen-permit-bawah-akta-racun-1952-secara-manual.html )

Sekian, terima kasih.