- Daftar Lesen (Manual)
- GARIS PANDUAN PEMBEKALAN UBAT KEPADA PESAKIT YANG DIDISCAJ MELALUI SURAT RUJUKAN BAGI MENERUSKAN RAWATAN DI FASILITI KESIHATAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA EDISI 2024
- Pembangunan Profesional Berterusan (CPD)
- PENCALONAN AHLI JAWATANKUASA EDITORIAL E-JURNAL INISIATIF KUALITI PROGRAM PERKHIDMATAN FARMASI, KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA BAGI SESI 2025 - 2027
- Panduan Permohonan Penyenaraian Awal Profesion Penolong Pegawai Farmasi/Juruteknologi Farmasi di Sektor Kerajaan dan Swasta dengan Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
PENGUMUMAN PENTING: PERMOHONAN LESEN/ PERMIT DI BAWAH AKTA RACUN 1952 SECARA MANUAL
Kategori berita:
Tarikh terbit:
Jumaat, 15 Disember 2023
- Susulan gangguan teknikal ke atas sistem My.Pharma-C, semua permohonan baharu/ pindaan/ pembaharuan dan pembatalan lesen/ permit di bawah Akta Racun 1952 perlu dikemukakan secara manual bermula 20 Disember 2023 (Rabu) termasuk bayaran fi.
- Permohonan adalah menggunakan borang permohonan yang boleh dimuat turun dari laman sesawang :
https://pharmacy.moh.gov.my/ms/dokumen/borang-permohonan-lesen-permit-bawah-akta-racun-1952-secara-manual.html
- Bayaran fi perlu dikemukakan menggunakan bank draf/ money order bersama borang permohonan lesen/ permit bagi permohonan baharu/ pindaan/ pembaharuan. Bank draf/ money order adalah atas nama:
“PENGARAH KESIHATAN NEGERI…………..” (Masukkan nama negeri di mana permohonan diproses).
- Bayaran fi adalah seperti berikut:
- Lesen Jenis A/ B/ E : RM300
- Permit Membeli, Menyimpan dan Mengguna Natrium Hidroksida : RM100
- Borang permohonan yang lengkap, maklumat yang ditulis dengan jelas, dokumen sokongan dan juga bayaran fi perlu dihantar dengan segera sebelum 31 Disember 2023 ke pejabat Cawangan Penguatkuasaan Farmasi (CPF) negeri di mana lesen/ permit dimohon sama ada melalui serahan tangan di kaunter pejabat CPF berkaitan atau dihantar secara pos.
- Senarai alamat pejabat CPF Negeri boleh dirujuk melalui pautan ini https://pharmacy.moh.gov.my/ms/entri/bahagian-perkhidmatan-farmasi-negeri.html
- Semua pemohon yang telah berjaya menghantar permohonan melalui sistem My.Pharma-C, tetapi lesen/ permit belum diluluskan/ dikeluarkan (pending) perlu mengemukakan semula borang permohonan secara manual dan dokumen sokongan serta bukti bayaran (Resit FPX atau Resit Bayaran Rasmi) ke pejabat CPF Negeri yang berkaitan. Sebarang maklumat lanjut yang diperlukan bagi status permohonan sebegini boleh berhubung lanjut dengan CPF Negeri yang berkaitan.
- Untuk permohonan pembaharuan lesen/permit, dokumen sokongan yang perlu dikemukakan adalah dokumen yang mempunyai pindaan seperti lesen pihak berkuasa tempatan atau sijil amalan tahunan bagi ahli farmasi berdaftar, permit kerja serta dokumen perjanjian sewa bangunan atau stor yang mana berkaitan. Pihak tuan/puan boleh merujuk kepada CPF negeri berkaitan untuk pertanyaan lanjut.
- Panduan permohonan lesen/ permit secara manual akan dimuat naik ke portal www.pharmacy.gov.my dalam masa terdekat.
- Sebarang pertanyaan lanjut berkaitan permohonan lesen/ permit, pemohon boleh menghubungi pejabat CPF Negeri yang berkaitan. Senarai nombor telefon boleh dirujuk melalui pautan di bawah:
https://pharmacy.moh.gov.my/ms/entri/bahagian-perkhidmatan-farmasi-negeri.html
Sebarang kesulitan yang timbul berkaitan perkara ini adalah amat dikesali.
Bahagian Penguatkuasaan Farmasi
Kementerian Kesihatan Malaysia
Fail-fail muat turun: