Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi
Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi
1.0 PenGENALAN
Pesakit yang mempunyai penyakit kronik akan mendapatkan rawatan di hospital dan klinik kesihatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut selang waktu tertentu dan akan menerima preskripsi ubat dalam tempoh yang panjang sehingga janji temu rawatan seterusnya. Walau bagaimanapun, bagi menjamin kualiti penggunaan ubat-ubatan dan kepatuhan pesakit, bekalan ubat hanya akan diberikan untuk tempoh sebulan kecuali dalam kes-kes tertentu.
Bagi mendapatkan bekalan ubat, pesakit perlu hadir lebih kerap ke farmasi. Ini antara punca kehadiran pesakit yang ramai di kaunter farmasi mengakibatkan tempoh menunggu menjadi panjang terutama semasa waktu puncak. Selain itu juga akan meningkatkan kos pengangkutan serta masalah tempat letak kenderaan yang terhad di fasiliti kesihatan KKM.
Sehubungan itu, perkhidmatan pendispensan ubat susulan ditransformasikan melalui beberapa proses inovasi bagi memudahkan pesakit mendapat bekalan ubat susulan dan memberi pilihan kepada pesakit melalui Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (Value Added Services, VAS).
Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB) merupakan Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi pertama yang telah diperkenalkan pada tahun 2003 diikuti dengan Sistem Janji Temu sebelum ini dikenali sebagai Sistem Temujanji (2006) dan Farmasi Pandu Lalu (FPL) (termasuk Farmasi Park and Take) pada 2008. Pada 2011, KKM telah mengambil initiatif berkolaborasi dengan pihak Pos Malaysia Berhad untuk menawarkan perkhidmatan penghantaran ubat ke lokasi pilihan pesakit dengan bayaran minima yang dinamakan Ubat Melalui Pos (UMP). Manakala perkhidmatan Lokar Ubat telah diperkenalkan pada 2014.
Seterusnya, Pusat Pembekalan Ubat Susulan Setempat (PPUSS) telah diperkenalkan pada tahun 2015 di mana pesakit boleh mengambil ubat susulan di lokasi terpilih seperti fasiliti kesihatan KKM (klinik desa dan klinik komuniti), masjid, pasaraya atau pejabat sama ada melalui perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu, Park and Take atau perkhidmatan Lokar Ubat. Manakala inovasi yang terkini adalah Ubat Melalui Pihak Ketiga (UM3) ditawarkan bagi penghantaran bekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit dalam hari yang sama melalui pihak ketiga dengan caj penghantaran ditanggung oleh pesakit.
Sejarah Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (VAS)
2.0 Penjenamaan Semula Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (VAS)
Sejajar dengan perkembangan semasa perkhidmatan Farmasi Ambulatori, penjenamaan semula VAS telah dilaksanakan dengan objektif utama bagi mengurangkan kesesakan di kaunter farmasi. Penambahbaikan ini melibatkan pesakit tidak perlu hadir ke kaunter farmasi untuk mendapatkan bekalan ubat susulan dimana bekalan ubat susulan telah disediakan lebih awal oleh pihak Farmasi. Jadual 1 menunjukkan perbandingan empat (4) kategori Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi berdasarkan konsep penjenamaan semula.
Jadual 1: Kategori Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (VAS)
- 30716 bacaan