Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP1M)

Pengenalan

Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia (UMP 1Malaysia) adalah perkhidmatan pembekalan ubat susulan terus ke lokasi pilihan pesakit menggunakan syarikat kurier dengan caj kiriman yang telah ditetapkan. UMP 1Malaysia merupakan salah satu daripada Perkhidmatan Tambah Nilai Farmasi (Value Added Service) yang disediakan  untuk kemudahan pesakit bagi mendapatkan bekalan ubat susulan mereka.

 

Objektif

Objektif perkhidmatan ini bertujuan untuk:

  1. Mengurangkan masa menunggu pesakit di kaunter farmasi
  2. Menjamin kesinambungan bekalan ubat susulan pesakit
  3. Meningkatkan tahap komplians pesakit terhadap ubat-ubatan

 

Skop

Perkhidmatan ini ditawarkan bagi kiriman ubat pesakit  di dalam lingkungan liputan PosLaju di Malaysia sahaja.

 

Kriteria yang perlu dipatuhi bagi perkhidmatan UMP1M

Pesakit

  • Patuh dan faham mengenai terapi pengubatan
  • Faham cara penggunaan dan pengambilan ubat
  • Stabil

Preskripsi

  • Susulan
  • Penyakit kronik
  • Bekalan ubat kali pertama di kaunter farmasi
  • Tempoh melebihi 1 bulan

Ubat

  • Bentuk dos tablet / kapsul sahaja
  • Tidak memerlukan penyimpanan khusus
  • Bukan jenis psikotropik
  • Tidak dibekalkan secara berasingan

 

Kelebihan UMP1M

  1. Menjimatkan kos, pengangkutan dan masa
  2. Menjamin bekalan ubat berterusan

 

Maklumat lanjut

Sila berhubung dengan anggota farmasi di hospital atau klinik kesihatan KKM yang berdekatan jika anda berminat untuk menggunakan perkhidmatan ini. Sila rujuk Pamplet Perkhidmatan Ubat Melalui Pos 1Malaysia yang dilampirkan.

Tag: 
UMP1M