- Retroviral Disease (RVD) Pharmacy Services Protocol: Adult and Paediatric (Edisi Ketiga)
- Senarai ubat Galenikal Dan Ekstemporaneous (GAEX) dalam Sistem PhIS
- Bahagian Perkhidmatan Farmasi Negeri
- Dokumen Permohonan Cuti Belajar
- Panduan Pemeriksaan Kendiri Bagi Premis Lesen Jenis A Fasiliti Kesihatan Awam Di Bawah Akta Racun 1952
Soalan Lazim berkaitan
Hubungi Kami
Lot 36,
Jalan Universiti (Jalan Prof Diraja Ungku Aziz),
46200 Petaling Jaya, Selangor.
[ Peta Lokasi ]
Tel: 603-7841 3200
Faks: 603-7968 2222
Anda di sini
Projek KIK (KIKF 2013)
BIL | PEGAWAI UNTK DIHUBUNGI | TAJUK PROJEK | PUNCA MASALAH |
1 | Izrul Azwa bt Mohd Latiff Pegawai Farmasi U48
Hospital Labuan, WP Labuan | Kesukaran Pembekalan Ubat Pesakit Dalam Wad Melalui Sistem Unit Of Dose Di Farmasi Pesakit Dalam, Hospital Labuan
| Kakitangan kurang pengetahuan dan kemahiran berkaitan Sistem Unit Dos yang baru diperkenalkan telah meningkatkan masa penyediaan ubat. Ketiadaan troli ubat yang sesuai menyebabkan ubat bercampur dan mengelirukan kakitangan farmasi dan jururawat semasa proses penyediaan dan pembekalan ubat. Sikap kakitangan yang tidak menepati jadual penghantaran troli menyebabkan kelewatan penyediaan dan pembekalan ubat.
|
2 | Tan Chek Nam Pegawai Farmasi U44
Hospital Selayang, Selangor | Kaedah Pemantauan Status Pembekalan Ubat Discaj Di Hospital Selayang Yang Tidak Cekap
| Disebabkan tiada medium komunikasi yang khusus, pemantauan status pembekalan ubat discaj oleh pihak wad hanya bergantung kepada talian telefon yang sentiasa sibuk. Di Farmasi Pesakit Dalam, senarai nama dan data pesakit discaj direkod secara bertulis menggunakan Borang Laporan Harian Pesakit Discaj. Rekod bertulis yang sukar dibaca ini perlu dikongsi oleh semua pihak dan tidak memaparkan status ubat discaj yang terkini.
|
3 | Mohd Azhar b Sidek Pegawai Farmasi U41
Hospital Teluk Intan, Perak | Kadar Pemulangan Ubat Yang Tinggi Dari Wad Yang Mengamalkan Sistem Unit Dos Di Hospital Teluk Intan | Pemulangan ubat yang tinggi dari wad yang mengamalkan Sistem Unit Dos terutamanya pada hari cuti serta troli ubat lama tidak mesra pengguna kerana bersaiz besar dan berat, tiada tempat untuk meletakkan bekas simpanan ubat peti sejuk/(ice box), slot masa mudah patah, dan kerja-kerja pembersihan sukar dilakukan.
|
4 | Nurafizah Embok Cheni Pegawai Farmasi U44
Hospital Tawau, Sabah | Maklumat Kaunseling Pesakit Medical Therapy Adherence Clinic (MTAC) Warfarin Sukar Direkod Dan Dirujuk
| Punca utama masalah dikenalpasti iaitu kaedah merekod secara manual masih lagi digunakan kerana tiada rekod khas kaunseling secara berkomputer. Ini menyebabkan rekod pesakit sukar dicari dan menyebabkan beban kerja pegawai farmasi MTAC Warfarin meningkat.
|
5 | Nurfaizah Burhanuddin Syam Pen. Peg. Farmasi U29
Hospital Tenom, Sabah | Kesukaran Untuk Mencari Ubat Di Unit Farmasi Hospital Tenom
| Kepelbagaian lokasi penyimpanan dan bilangan rak yang banyak pada setiap lokasi menyebabkan proses pencarian ubat memakan masa dan mengganggu kelancaran operasi. Selain itu, ketiadaan indeks lokasi ubat menyukarkan lagi proses pencarian ubat. Perubahan lokasi ubat dan juga penambahan atau pengurangan ubat dalam formulari hospital menyebabkan label ubat kadangkala tidak dapat dikemaskini dengan serta-merta.
|
6 | Nur Hidayah bt Ismail Pegawai Farmasi U44
Hospital Alor Gajah, Melaka | Kurang Keberkesanan Penyampaian Maklumat Ubat Pada Label Ubat Yang Dibekalkan Di Kaunter Farmasi Hospital Alor Gajah
| Label pada sampul ubat yang tercabut atau tulisan yang kabur menyukarkan pesakit mengenali jenis ubat yang diambil. Ini boleh meningkatkan risiko tersalah mengambil ubat di kalangan pesakit dan terdapat pesakit yang datang kembali ke farmasi setelah lupa tentang ubat-ubatan apabila tiba di rumah. Selain itu, dua label bercetak yang perlu dilekatkan di bahagian hadapan dan belakang sampul ubat-ubatan yang diprabungkus mengakibatkan beban kerja kakitangan meningkat.
|
7 | Aznisyafeza Andin bt Salamat Pegawai Farmasi U48
Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang | Peningkatan Kekerapan Panggilan On-Call Untuk Pembekalan Ubat Floor Stock Dan Antibiotik Sedia Ada Di Selepas Waktu Perkhidmatan Farmasi Bekalan Wad, Hospital Kepala Batas
| Punca utama masalah ini ialah ubat yang selalu digunakan selepas waktu perkhidmatan FBW tiada dalam simpanan wad/ unit. Sepanjang Januari – Jun 2012, sebanyak 46.8% panggilan on-call adalah disebabkan ubat floor stock dan antibiotik yang sedia ada, tiada di wad/unit. Senarai floor stock di FBW yang tidak sistematik serta sukar dirujuk turut menyumbang kepada faktor berlakunya masalah ini. Selain itu didapati anggota wad/ unit juga tidak memahami prosedur sebenar panggilan on-call untuk pembekalan ubat selepas waktu perkhidmatan FBW.
|
8 | Fahmi b Hassan Pegawai Farmasi U44
Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar, Johor | Kekurangan Sambutan Perkhidmatan Farmasi Pandu Lalu Di Kalangan Pesakit Yang Mengambil Ubat Ulangan Di Jabatan Farmasi, Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar
| Punca-punca yang menyebabkan perkhidmatan ini kurang mendapat sambutan yang dikenalpasti adalah kurang promosi perkhidmatan Farmasi Pandu lalu, pesakit tidak tahu kewujudan Farmasi Pandu Lalu, peralatan promosi yang sedia ada tidak menarik serta kaunter Farmasi Pandu Lalu tidak menonjol.
|
9 | Che Sabrina Nadia bt Che Osman Pegawai Farmasi U48
Hospital Sultan Abdul Halim, Kedah | Peningkatan Pemulangan Ubatan Oleh Pesakit Dari Klinik Pakar Perubatan Di Farmasi HSAH
| Punca-punca utama masalah pemulangan ubat yang tinggi adalah disebabkan pesakit tidak patuh kepada aturan pemakanan ubat, pesakit mendapat bekalan yang berlebihan akibat pertukaran regimen, mendapatkan rawatan dari pelbagai sumber dan pemberhentian rawatan.
|
10 | Nur Liyana bt Zainal Bahrin Pegawai Farmasi U44
Hospital Tuanku Jaafar, Negeri Sembilan | Bilangan Bedside Discharge Counselling Di Wad Perubatan Hospital Tuanku Ja’afar Yang Rendah
| Bilangan “Bedside Discharge Counseling” yang rendah di wad Perubatan HTJS adalah disebabkan oleh faktor alat bantuan kaunseling yang tidak mencukupi, ketiadaan prosedur kerja yang jelas bagi “Bedside Discharge Counselling” di wad, masa discaj pesakit yang tidak tetap dan menyukarkan pemberian kaunseling di tepi katil sebelum pesakit didiscaj, preskripsi bermasalah yang memerlukan masa untuk diselesaikan dan kurang pengetahuan tentang cara pengambilan dan penggunaan ubat-ubatan yang betul.
|
11 | Marilyn bt Simon @ Semoi Pen. Peg. Farmasi U32
Hospital Wanita & Kanak-kanak, Sabah
| Sukar Menyemak Dos Ubat Pesakit Pediatrik | Punca utama yang dikenalpasti adalah anggota baru kurang mahir mengenai dos ubat-ubat yang dipreskrib, tiada catatan berat badan dalam preskripsi, tiada kemudahan menyemak dos menggunakan perisian komputer yang khas serta sumber rujukan yang tidak ditetapkan.
|
12 | Nurhaffizawati bt Othman Pegawai Farmasi U44
Hospital Tuanku Fauziah, Perlis | Pendispensan Sirap Ekstemporaneous Ulangan Yang Tidak Efisyen di Kaunter farmasi Klinik Pakar
| Ubat sirap ekstemporaneous ulangan tidak tersedia sebaik pesakit ke farmasi dan pendispensan melebihi tempoh 30 minit. Ini mendorong pesakit terutamanya pelanggan yang mempunyai masa terhad terpaksa datang dua kali, pertama untuk serah preskripsi dan kedua datang mengambil ubat yang siap dibancuh pada waktu petang.
|
- 9009 bacaan




