Berita

Pencalonan Ahli Jawatankuasa Editorial E-Jurnal Inisiatif Kualiti Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia bagi Sesi 2025 - 2027

Journal of Pharmacy Quality Improvement Initiatives (PharmQIIs) telah mula diterbitkan sejak tahun 2022 bagi berkongsi amalan terbaik (best practice) dan pengalaman anggota farmasi semasa mengendalikan projek Inisiatif Penambahbaikan Kualiti (QIIs) seperti Quality Assurance (QA), Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK), inovasi serta lean.

LANJUTAN KONTRAK PEMBEKALAN LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BAGI PRODUK BERDAFTAR DENGAN KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM)

Program Perkhidmatan Farmasi (PPF) ingin memaklumkan bahawa kontrak pembekalan label keselamatan hologram oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn. Bhd. (TSP) telah dilanjutkan selama tiga (3) bulan berkuat kuasa mulai 1 Julai 2025 sehingga 30 September 2025. 

Pelabelan Harga Ubat di Fasiliti Kesihatan KKM

Tahukah anda?

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah memperkenalkan inisiatif pelabelan harga ubat pada setiap ubat yang dibekalkan kepada pesakit di seluruh fasiliti kesihatan KKM sejak tahun 2011.

Hargailah ubat anda

Elakkan pembaziran ubat

Halaman-halaman