Taklimat Pelaksanaan Format Preskripsi Baharu Fasiliti Kesihatan KKM (Preskripsi Pesakit Luar)

Melalui edaran Surat Pekeliling KPK Bilangan 11 Tahun 2026, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menetapkan pelaksanaan Format Preskripsi Baharu di semua fasiliti kesihatan KKM secara rasmi bermula 1 Januari 2027. 

Langkah penyeragaman ini memperkenalkan format preskripsi pesakit luar baharu bernombor dokumen Perubatan 6A - Pin. 1/26 dan format preskripsi pesakit dalam dengan nombor dokumen Perubatan 6B - Bil. 1/26. 

Perubahan ini dipacu oleh tiga faktor utama iaitu memperkukuh keselamatan pesakit menerusi paparan status alahan ubat dan berat badan, memastikan pematuhan penuh terhadap akta perundangan yang berkuat kuasa, serta penyeragaman format preskripsi pesakit dalam di seluruh negara untuk mengelakkan kesilapan pengubatan.

Bersama video ini juga disertakan cara penulisan bagi format preskripsi baharu ini. 

Mohon rujuk laman sesawang FAQ yang disediakan bagi maklumat lanjut: https://sites.google.com/moh.gov.my/faq-preskripsi/utama