Awam

SISTEM PENGURUSAN PEMBEKALAN UBAT BAGI PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH FARMASI (MyUBAT)

                                                 

PENGENALAN

Lawatan Kerja Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi ke Hospital Shah Alam

Pada 5 Mei 2021 yang lalu, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi iaitu YBhg. Datin Dr. Faridah Aryani Binti Md. Yusof telah mengadakan lawatan kerja ke Hospital Shah Alam.

HOME PARENTERAL NUTRITION: A GUIDE FOR PHARMACISTS

Panduan ini merupakan sumber rujukan kepada pegawai farmasi di fasiliti KKM dalam pemberian perkhidmatan Home Parenteral Nutrition (HPN) khususnya proses kerja yang melibatkan perkhidmatan farmasi HPN. Panduan ini bermatlamat untuk menyeragamkan amalan dalam perkhidmatan farmasi HPN dan memastikan perkhidmatan farmasi HPN yang selamat, berkesan serta berkualiti diberikan kepada pesakit.

Melayu

GARIS PANDUAN SISTEM PENGURUSAN PEMBEKALAN UBAT BAGI PERKHIDMATAN NILAI TAMBAH FARMASI (MyUBAT)

Selaras dengan perkembangan teknologi terkini, Bahagian Amalan & Perkembangan Farmasi dan Bahagian Dasar & Perancangan Strategik Farmasi telah bekerjasama membangunkan Sistem Pengurusan Pembekalan Ubat Bagi Perkhidmatan Nilai Tambah Farmasi (MyUBAT) untuk membolehkan pesakit memantau bekalan dan penggunaan ubat-ubatan mereka melalui telefon pintar. Selain dari itu, penggunaan sistem ini juga dapat memudahkan anggota di fasiliti farmasi menguruskan proses pendaftaran dan penyediaan ubat-ubatan susulan di kaunter-kaunter farmasi dengan lebih sistematik.

Melayu

Senarai Kelayakan Bagi Program Diploma Farmasi Yang Berakreditasi

Kelayakan bagi Program Diploma Farmasi yang berakreditasi telah disenaraikan di dalam Daftar Kelayakan Malaysia [Malaysian Qualifications Register (MQR)] selaras dengan Section 81, Malaysian Qualifications Agency Act 2007 di mana kelayakan-kelayakan tersebut didapati telah mematuhi standard Malaysian Qualifications Framework.

Semakan kelayakan bagi Program Diploma Farmasi yang telah berakreditasi yang ditawarkan oleh Pemberi Pendidikan Tinggi boleh dibuat melalui pautan berikut :

http://www2.mqa.gov.my/mqr.

Pencapaian Piagam Pelanggan 2021

Tempoh pencapaian: Januari - Disember 2021

 

Halaman-halaman