Awam

Penangguhan Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi Sesi 02/2021 Pada 23 Jun 2021

Bahagian Lembaga Farmasi Malaysia (BLFM) telah membuat keputusan untuk menangguhkan sesi Peperiksaan Kelayakan Untuk Mengamal Farmasi (PKUMF) yang telah dijadualkan pada 23 Jun 2021 kepada satu tarikh yang akan dimaklumkan kelak berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berkuatkuasa bermula 1 Jun 2021 sehingga 14 Jun 2021.

Panduan Pelaksanaan Program Pengukuhan Farmasi Logistik di Kementerian Kesihatan Malaysia

Program Pengukuhan Farmasi Logistik dibangunkan sebagai salah satu inisiatif untuk memperkasakan pengurusan Stor Farmasi Logistik di fasiliti KKM. Program Pengukuhan Farmasi Logistik bertujuan memberi bimbangan dan sokongan serta bantuan secara profesional kepada anggota farmasi logistik. Pendekatan ini melibatkan latihan, khidmat nasihat dan pemindahan pengetahuan serta menyokong kepada budaya pembelajaran berterusan dalam pengurusan logistik.

Melayu

Garis Panduan Pengurusan Farmasi Logistik Kementerian Kesihatan Malaysia Edisi Pertama

Pengurusan Farmasi Logistik yang cekap memainkan peranan yang amat penting dalam memastikan bekalan perubatan sentiasa mecukupi dan memenuhi keperluan pelanggan. Pada masa yang sama isu-isu seperti pembaziran dan ketirisan boleh dielakkan dengan adanya pengurusan yang teratur dan bersistematik.

Melayu

Laporan Teknikal Konvensyen Inovasi & Kreativiti Farmasi (KIKF) 2019

Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi diadakan setiap dua tahun bertujuan untuk memberi pengiktirafan kepada hasil inisiatif kualiti yang diperkenalkan oleh warga farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia. Ia juga merupakan satu platform perkongsian idea hasil ciptaan anggota-anggota farmasi yang dapat menyumbang kepada peningkatan kualiti penyampaian perkhidmatan farmasi di negara ini. Laporan Teknikal Konvensyen Inovasi dan Kreativiti Farmasi 2019 merupakan penerbitan yang julung kalinya dihasilkan sejak ia dianjurkan pada tahun 2009.

Melayu

Iklan Ubat Luput

Perhatian kepada pemilik premis/media, sila pastikan iklan ubat yang berada di premis/media anda adalah masih sah.

 

Garis Panduan Permohonan Melalui PRiSMA

Garis panduan-garis panduan ini menjelaskan tentang  tatacara untuk membuat apa-apa permohonan melalui sistem PRiSMA kepada Lembaga Farmasi Malaysia.

Melayu

[VIDEO] Waspada Pembelian Ubat Online : Semak Dulu Sebelum Beli

Hendak beli ubat online?  Dengar dulu nasihat dari abang-abang dan kakak-kakak farmasis.
Berhati-hati apabila membeli ubat secara dalam talian terutamanya di platform e-dagang dan media sosial.
Tanya dahulu kepada abang-abang dan kakak-kakak farmasis. Jadikan kami sebagai ‘Rakan Ubat Anda’
Kepada penjual ubat/produk kesihatan online!

Melayu

Dasar Ubat Nasional (DUNas) Penggal Ketiga

DUNas Penggal Ketiga diterbitkan sebagai edisi semakan DUNas Penggal Kedua. Usahasama melalui bengkel dan mesyuarat yang melibatkan semua pihak berkepentingan telah menghasilkan dokumen dasar penggal baru ini. Komponen dari dasar penggal kedua dikekalkan dalam penggal ketiga. Lima (5) komponen tersebut dalam DUNas Penggal Ketiga adalah seperti berikut:

Halaman-halaman