Awam

Peluasan/Perkongsian Inisiatif Kualiti Program Perkhidmatan Farmasi

Manual projek-projek Inovasi / KIK Farmasi yang diluluskan untuk peluasan di peringkat program boleh dimuat turun dari pautan di bawah.  Semua projek telah didaftarkan di bawah Perbadanan Harta Intelek Malaysia. Sekiranya mana-mana pihak luar ingin mereplikasi projek yang tersenarai, sila hubungi pihak inovator atau Seksyen Piawai dan Inovasi, Bahagian Dasar dan Perancangan Strategik Farmasi KKM. 

1. PELUASAN INOVASI FARMASI TAHUN 2019:

     EZ WEIGH oleh Jabatan Farmasi, Hospital Serdang - Manual Produk

 

Pelawaan Kemasukan Ke Laluan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject-Matter Expert-SME) Bagi Skim Pegawai Farmasi Di Kementerian Kesihatan Malaysia Di Bawah Pekeliling Perkhidmatan Bil. 7 Tahun 2016

Sukacita dimaklumkan bahawa Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) akan meluaskan pelaksanaan urusan pemangkuan ke Laluan Kemajuan Kerjaya Pakar Bidang Khusus (Subject Matter Expert-SME) kepada Skim Pegawai Farmasi yang melibatkan tiga (3) sub bidang SME yang telah diluluskan oleh Lembaga Kenaikan Pangkat Perkhidmatan Awam (LKPPA). Pengkhususan bidang dan tahap SME tersebut adalah seperti berikut:

MAKLUMAN PINDAAN GARISPANDUAN & POLISI LEMBAGA IKLAN UBAT ( LIU)

MAKLUMAN PINDAAN GARISPANDUAN & POLISI LEMBAGA IKLAN UBAT ( LIU)

TARIKH KUATKUASA PEMAKAIAN : 1 OKTOBER 2019

Mesyuarat LIU bil. 2/2019 telah mengadakan mesyuarat pada 12 September 2019 .

Program Santuni Rakyat: Kenali Ubat Anda

Program Perkhidmatan Farmasi Kementerian Kesihatan Malaysia akan menganjurkan program berikut

Lokasi/tempat: 
Dewan Dato' Penggawa Permatang, Kuala Selangor
Tarikh aktiviti: 
Sabtu, 5 Oktober 2019

MAKLUMAN HARGA LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BARU

HARGA LABEL KESELAMATAN HOLOGRAM BAGI PRODUK BERDAFTAR DENGAN PROGRAM PERHIDMATAN FARMASI (PPF), KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA (KKM) BERKUATKUASA 1 SEPTEMBER 2019.

Pembekalan label keselamatan hologram baru akan dilaksanakan oleh Syarikat Techno Secure Print Sdn Bhd bermula pada 1 September 2019 dan harga label keselamatan hologram tersebut adalah RM0.064/unit label.

Pelaporan Kesilapan Pengubatan

Medication Error Reporting System (MERS) merupakan sistem pelaporan peringkat kebangsaan yang telah diperkenalkan oleh Program Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia sejak tahun 2009.

Semua anggota penjagaan kesihatan dari sektor awam dan swasta adalah digalakkan untuk melaporkan kejadian kesilapan pengubatan yang dikesan. Laporan boleh dikemukakan melalui medium yang berikut:

Melayu

SERANTA AWAM: CADANGAN PELAKSANAAN KAWALAN HARGA UBAT DI BAWAH AKTA 723 UNTUK MENINGKATKAN AKSES KEPADA UBAT-UBATAN DI MALAYSIA

Tujuan konsultasi ini diadakan adalah untuk mendapatkan pandangan rakyat mengenai pelaksanaan kawalan harga ubat di Malaysia.

Pada masa ini, harga ubat tidak dikawal di mana hospital, klinik dan farmasi bebas menentukan harga ubat yang dibeli oleh pengguna. Di samping itu, tiada peruntukan undang-undang untuk melindungi pengguna daripada harga ubat yang tidak munasabah.

Panduan Kepada Industri Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan

e-Booklet Panduan Kepada Industri Dalam Pengiklanan Produk Kesihatan ini adalah sebagai komplimentari kepada garis panduan dan akta sedia ada. Ia adalah satu rujukan ringkas yang boleh dirujuk oleh pihak industri yang terlibat dalam pemasaran dan pengiklanan produk kesihatan.

Melayu

Panduan Kepada Pelancong/ Warganegara Malaysia Untuk Membawa Ubat-Ubatan Dari Luar Negara Ke Malaysia

Pelancong atau mana-mana individu yang ingin membawa ubat-ubatan dari luar negara ke Malaysia perlu mematuhi keperluan Akta dan Peraturan seperti yang dinyatakan dalam panduan ini.

Melayu

Salam Aidilfitri 1440

Lokasi/tempat: 
Program Perkhidmatan Farmasi
Tarikh aktiviti: 
Isnin, 3 Jun 2019 hingga Ahad, 16 Jun 2019

Halaman-halaman